Followers

Kisah seram wa cakap lu..

Friday, August 19, 2011

Beberapa hari yang lepas, ada something yang jadi kat aku.. Aku taknak citer, tapi disebabkan demi keamanan sejagat, aku terpaksa ceritakan gak.


By the way, sape yang ada lemah semangat dilarang baca. Nanti kena histeria lak lepas baca. Sape yang bace sambil hisap rokok tu lak, sila padam kan rokok sebab 'benda' ni suka makan asap. 


Ok, ceritanya camni.. masa tu aku dengan membe2 aku balik dari tarawih pastu kiteorg pun plan la nak lepak minum2 jap. Maka, kiteorg pun berjalan la g kedai minum yang terletak dalam 200 meter dari surau tu. Masa jalan tu, tengah syok gelak2 kutuk2 kump Max 247 yang super hot tu, tetibe ada membe aku lak ternampak ada benda putih terbang lalu celah2 pokok.. perghh muka member aku cuak beb..


Kiteorg pun cakap la, mungkin burung kot takpun kain mak temah mana yang terbang ditiup angin. Membe aku pun nafikan la. Dia kata "betul woi.. benda putih tu panjang dan laju dia terbang".. Aku pun gelak lalu berkata, "kahkahkahkah.. apa la lu ni. Penakut cap ayam betul! bulan2 puasa ni mana ada hantu." pastu aku cakap lagi, "Kalo betul ada hantu, meh sini aku nak tengok!"... Kiteorg pun gelak2 sambil terus berjalan dengan cool ke kedai makan. Membe aku lak muka bengang sambil cuak2 lagi.


Da sampai kedai makan, kiteorang order teh O panas 3, teh tarik 1! Pastu sambung kutuk2 Max 247.. ekekekeke...


Da abis melepak membuang masa, kiteorang pun balik membawa arah masing2. Aku balik sorang jalan kaki sebab rumah aku dekat je. Walaupun cuak sikit lepas peristiwa tadi, tapi takkan aku nak suro membe aku teman lak kan. Da macam boifren anta gegurl balik pulak daa. So, nak dijadikan cerita, masa aku tengah jalan dengan penuh keimanan, baru balik tarawih la katakan, tetibe aku dengar suara mengilai.. Aku pun terpandang la kat sebatang pokok redang kat sebelah kiri aku.. ce teka aku nampak apa? Aku nampak ada lembaga putih rambut panjang.. Alhamdulillah muka tak nampak.. Tapi takkan aku nak duduk diam tanya awek tu "hai, sorang je ke?".. Da tentu la aku berlari pecut 100 meter. Da la pakai kain pelikat.. terlucut, tak pasal je free show.. Auwww~ Aku tak usha belakang, sebab selalu aku tengok tv, bile dorang lari sambil usha belakang, last2 mesti jatuh.. tol tak?


Dah sampai rumah, aku tengok sume orang da masuk bilik tido. Aku pun terus la lari masuk bilik.. tercungap2 beb. Abis terbakar sume yang aku makan time berbuka tadi. Aku da penat berlari , aku pun tanggalkan la baju pastu terus landing atas katil. Tengah baru nak lelap, tetibe aku dengar ada orang ketuk tingkap bilik aku. Tingkap aku tu betul2 sebelah katil aku.. Pastu(berapa banyak "pastu" daa...) ada suara berkata, "hai dik, takkan nak tido da? tadi kata nak tengok saya...kih kih kih~~~"


Aku pun cover la muka dengan selimut sambil baca segala ayat2 yang aku tau.. lama2 sunyi sepi.. Aku pun slow2 la bukak selimut tu..tengok2, dia tengah berdiri kat hujung bucu katil aku!! Pastu dia pegang kaki aku kuat2, aku pun meronta2 la sambil jerit dengan suara kasar.. ronta punya ronta punya ronta,  tetiba aku terjaga! RUPANYA AKU HANYA BERMIMPI... 


hahahahahaha... rasa bengang tak? 


p/s : aku paling bengang kalo tengok cite, last2 rupenya mimpi je. hihi

The Deepest Conversation

Monday, August 15, 2011

Dear MS,


              How are you? Have been well? I hope you are doing well with your life and your study. I heard you already have a BF, I hope he will take a good care of you. Today, it has been a year since the last time we met, yet it feels like yesterday. Time passed by really fast huh. For a year I didn't met you and luckily I'm still breathing. Back then, when we were still together, I can't even survive a week without seeing you. I will grab every chance I have to meet you. You going back from work at 5 p.m and I will count each second waiting for 5 p.m to come. But now, there is no more you. I never heard any thing from you anymore. I want to call and ask how have you been, but I know you wont pick it up, I want to text you but I know you will never reply it. It's okay, I will keep on moving.


I still remember the first time I saw you, at our workplace. I saw you walking alone doing your job and I said to my friend, "Meor, awek tu cute gak kan". and Meor said, "Ooo, dia dak UIA. Aku baru borak dengan dia tadi". My first impression for you was "You are not my type." I just think you are cute, but the fact you are an UIA student grabbed my attention. I have been working there for about 2 years and this is the first time I met someone who is from UIA too. So, I looked for the chance to talk to you and finally I got the chance and we chat. You gave me your Facebook email and I added you up as soon as I reached home. Your FB profile picture? WOW, you are smoking hot. Not the kind I imagined you would be; you are sooo not my type.


A few days later, when we both were busy filling the water into the jug, I surprisingly asked you out for a movie and surprisingly, you said yes. So we went out the next day. We went to Pavilion as it is easier to get there by train because I haven't had a driving licence that time. I still remember the movie we watched, "The Prince of Persia". I bought two Big Apple doughnuts and we ate it together in the movie. 


* I still kept the movie ticket.




While waiting for the movie to start, we sat at one corridor looking at a carnival for kids and we teased each other about who are the childish one between us. And I we snapped a few pictures of us (but pictures of you were more than mine). As we sat, we talk about each other, getting to know deeper and that time, I got to know the real you. You were not like as I thought you are. :)


As time flew by, we got closer and closer and that time, for the first time in my life, I fell in love with you. I had been in few relationships previously, but those weren't as real as what I had for you. Everyday, we texted each other from morning(7 a.m.) till the next morning(around 3,4 a.m.). Even my hearing sense was sensitive to my mobile's message tone. I could automatically wake up when I heard my message tone because I know it's you who is texting me. I had less sleeptime, but I never got tired by you :)


At work, I will look for every chance to work near to you because I want to see you. I never got bored looking at you and my tiredness due to working will easily fade away. One day, you were offered to work in the HR dept, thus, your working hour is according to office hour. It's hard to work together again. But I will take the morning shift whenever I had the chance. So, I woke up early in the morning, took the train to Asia Jaya and we both went to KLCC together by train. :)


Sadly, they all are gone now. We got separated because you left me without no concrete reason. And you left me with two things, our memories together and a wounded heart.


Those were some of the memories I have been reminiscing every night. There are no single day or night passed without me thinking of you, for the past year. Memories remains as memories. I pray each day, we will meet again and get back together. I made a promise to you that time, I will keep myself by your side forever as long as you need me. And I'm a man on my words. The promise remains. Thanks for everything MS. I will be keeping waiting for you.




                                                                                                                                  Truthfully,
              HW

My Unintended Heliza Hilmy!

Friday, August 12, 2011

Malam itu seperti biasa aku online dan aku ternampak iklan My Unintended Heliza(MUH).. wow dasat lah Heliza sekarang, daripada artis, jadi pengacara pastu sekarang dah ada branding sendiri, Heliza Helmi Hijab :)




Heliza ni memang aku cintai suka sangat sebab comel dan muslimah. Dulu masa dia kat AF aku tak minat sangat. Aku sangkakan dia hipokrit macam artis muslimah yang lain, contohnya artis AF yg bertudung sebelum dia tu, tapi rupanya dia ni lain. Memang dia ni agak sengal sikit tapi bukan gedik <3


Penah sekali aku tengok dia dalam program Awal Ashaari ( apatah nama program tu.. ewah!ewah! eh?) dorang temu ramah Heliza.. gila comel bila part Heliza tunjukkan kereta kancil dia tu. hihi.


Apapun, sebenarnya dalam entri ni aku nak cakapkan pasal salah satu produk dia ni yang sangat menarik. Aku rasa kalo aku perempuan pun aku terasa nak beli. Produk tu adalah, Heliza Instant Telekung(HIT)!


*Click for bigger view

*Click for bigger view

Yang menarik adalah telekung ni boleh di-style-kan jadi tudung pastu bila nak solat just un-clip je tudung tu maka jadi la telekung balik. Memang style. Daripada pakai tudung yang pelik2 ropol2 pastu nak solat pun susah, baik beli HIT ni. Harga bole tahan la rm280 untuk Hijab plus Skirt dan rm110 untuk blouse. Untuk hijab je, aku taktau la ada ke tak . Tapi takde kot sebab MUH cakap macam ni,



Comel la awak cakap 'kita'. Kita suka! HAHA~


For more inquiries, please visit http://www.facebook.com/helizahelmi . hehe Tolong promot untuk future wife.

Kebaikan Bercouple

Thursday, August 11, 2011

Acap kali kita mendengar orang cakap, "Single is better than couple" tapi sejauh manakah single lebih baik dari couple? Mari kita point-out beberapa alasan kenapa orang kata single is better :-


1) FREEDOM. Memang trend skrg kalo couple mesti nak kongkong itu ini mengalahkan suami isteri. Baik si laki mahupun si perempuan. Kalo nak kuar dengan kawan, wajib sediakan report 12 muka surat Font Arial spacing 1.5". So, kalo da single, nak buat apa pun takde sape bising kecuali parent.


2) Jiwa tenang. Bila couple, kena kawal pergerakan sendiri, kena jaga hati si dia, kena pikir nak beli hadiah apa time anniversary, nak kena contact atleast sekali sehari. Kalo single, sume masalah hilang!


3) Jimat duit, masa dan tenaga. Takpayah susah2 nak pegi dating, belikan itu ini, belanje makan lagi, topup lg,  isi minyak kereta lagi. haihhh $$$!


4) No more tears. Ini mostly jadi kat perempuan la. Laki ada gak tapi kes minoriti je. Bila kena tipu je, dipermainkan je, dimungkiri janji bla bla bla, mula la nak nangis.


Okay, enuff dengan kebaikan single ni sebab bukan penting pun. Yang penting adalah, kebaikkan bercouple. Ngeh3 :D


Ini cuma pendapat aku je setelah bertahun2 pemerhatian dan uji kaji. Okay, so apakah kebaikan bercouple ni?


1) Kita lebih memahami opposite sex kita.
 Orang laki dan perempuan ada ragam masing2 yang kita kena fahami sendiri. Kenapa dia buat itu kenapa dia buat ini. Contohnya kalo orang perempuan tu merajuk, apakah yang patut kita lakukan untuk memujuk dia? Atau kalo orang laki nak buat something, apakah jenis support yang patut kaum hawa bagi? Haaa, kalo single bole ke paham sume ni? 


Dulu aku penah single 3 tahun, lepas tu aku couple ngan sorang girl ni. 3 minggu je pastu dah break. Dia kata aku kurang amik berat dan kurang message/call dia. Biasa lah kan, baru nak kembali membiasakan diri bercouple. Tapi apakan daya, dah terlambat. Baru aku tau erti penyesalan.


Kalo takde pengalaman2 ni, payah beb time kawen nanti. 


2) Teman suka duka
Memang rasa best kalo single ni, rasa bebas je. But at one time, korang akan rasa sunyi walaupun ada kawan2 and family. Because to me, a GF or BF(for girls), is someone who acts as a family and a friend at the same time. Ada certain matters kita bole share dgn family tp tidak dengan kawan, dan vice versa. Tp dgn GF bole dikatakan kita bole share sumenya. Bila kita problem yang kita tak bole share dengan family or kawan, gf/bf la jawapannya :)


Behind every successful man, stands a woman behind it. So, to be success, find a women and ask her to stand behind you!


3) Hidup lebih terisi
Kalo ada awek, senang nak ajak tengok wayang, nak ajak shopping, nak ajak g makan dan etc. Pastu bila bosan2, bole message or call bergurau manja dengan awek. Selalunya orang laki ni kalo shopping takde taste. So, kalo bawak awek, bole mintak pendapat dia. Maka, pastu kita pn jadi HENSOM!


Kadang2 bila aku tengah lepak minum2 dgn membe2 aku, mesti dorang smbil lepak sambil texting dengan awek masing2. Pastu kejap2 bergayut. Aku lak, kalo dua jam lepak, dua jam tu gak la henpon aku tu sunyi sepi. Bateri henpon bole tahan 2 hari kalo cas penuh. Topup rm5, 2 minggu kemudian baru abis. 


Itu jelah yang aku mampu taip. Penat lah taip panjang2 ni. Puasa lah katakan.. kesimpulannya, single or couple ada pros and cons masing2. which one is better is fully depends on how do you handle it. K lah, Selamat berpuasa~

When I was thirteen..

Saturday, August 6, 2011

Dulu masa sekolah rendah, aku ni sangat pemalas kot. Sekarang pun pemalas gak, sbb tu tulis entri takde pendahuluan. Terus jump ke chapter 1. Disebabkn time darjah 6 aku tak berbakat, aku still berjaya mendapat tempat 1st runner up untuk budak paling pemalas dalam kelas. Juara milik Hazim, seorang budak spekmata yang loaded. Lu memamg terbaik bro. Malas2 aku pun, kau lg malas. haha.


Tapi ntah macamane result upsr aku not bad lah maka aku dapat tawaran masuk sekolah menengah sains kat Kedah masa bulan Mac. Masa tu aku memang rebel habis taknak masuk asrama sebab aku umpama burung yang ingin terbang bebas di udara.. lalu singgah ke cyber cafe main counter strike. Ni la game paling hotstuff masa tu. Kalo da masuk sekolah asrama, cmne nak g cc hari2 dah. tak dapat laa..
Apakan daya, mak aku merangkap Mem Besar sangat garang. Kalo cubit, dijamin biru purple lebam. Aku lebih rela jatuh dalam longkang daripada kena cubit oleh Mem Besar. Nak taknak, terpaksa la masuk gak. Bukan jauh sangat pun, dalam 300-400km je dari umah. (~_~)


Bila da masuk sana, aku rasa kebebasan aku dinodai.. no more freedom. Bangun sebelum subuh pastu tido paling awal pun pukul 12. Kalo kat sekolah lama, aku sesi petang so, paham2 jela liatnya nak bangun. Kelas dari pukul 8 sampai 2.15 pastu pukul 3.30 sampai 4.30 kelas Prep. Pukul 5 wajib beriadah. Malam prep lagi smpai kul 11. Wadefak.


Nak dijadikan cerita, minggu pertama aku dimasukkn ke kelas 1A5 a.k.a 1 Putra. Yang best tentang kelas ni adalah ada tiga orang minah yang semacam cuba dapatkan perhatian aku. Ececey. Terasa hotstuff. hee. Pastu ada sorang mamat ni nama dia Saifullah, suka sangat cakap aku ni hensem. Siap gitau kt cikgu kelas lagi yang ada sorang budak baru yang hensem baru masuk kelas depa. Tudiaa haihh. Tapi tiap kali dia cakap aku cmtu, aku tanya dia, "Ko gay ke?"...
Lepas seminggu dua, aku pun dimasukkan ke kelas sebenar aku, 1A2 a.k.a 1 Intelek.


1 Intelek ni agak ok walaupun ada bbrp budak yang macam tak puas hati dengan budak KL out of no reason. Dan seperti biasa, aku meneruskan legasi sikap pemalas aku. Homework haram 1 pun aku tak siapkan. Dah kebas dah tangan asyik kena rotan je. AAK ada aku kesah? haha. Yang paling aku suka adalah kelas bahasa Jepun. Kalo kat sekolah asrama memang kena pilih antara 3 kelas bahasa asing, Arab Jepun dan German. Alhamdulillah, midterm pertama aku dapat 91. Antara highest dalam kelas. huahuahua.. tak sia2 tgk drama jepun petang2 masa kat umah. Yang aku paling tak suka lak dalam kelas tu tkde awek cun. Tapi kalo ikutkan dalam form 1 tu mmg takde sorang pun yang cun.


Kat hostel tu, aku ada sorang abang angkat form 5 dan dia ni pun ada bbrp orang adik angkat. Apa motif pun aku taktau daa.. yang penting aku umpama dapat protection sebab dia pengawas sekolah. So, senior lain tak usik aku la. Bab buli kat sekolah tu takdela teruk pun. Just kena jadi kuli bersihkan bilik la, buat laundry la. Kes pukul takde kot.. Ada sekali tu aku bergaduh dgn sorang budak sebab rebutkan bilik air utk mandi(biasa la muda remaja), dia tumbuk aku bertubi2 kat badan tapi aku bagi 1 tumbukan padu kt perut dia terus dia nanges balik bilik. haha. Malam tu senior panggil kiteorg.. kih2..


Blok asrama laki dan perempuan masa tu bertentangan, dipisahkan dgn dewan makan je. So, hari2 aku tgk ada sorang abang senior sekodeng pakai binokular. Mmg nasib korang lah gadis2 kena sekodeng. hihi~~ Walaupun kat sane takde yang cun, tapi sbg laki aku terpikat gak la kat sorang awek ni. Muka manis2 cute2 je. Tapi dgr cite dia awek Fatah, laki yang gaya2 mcm Botak dalam cite Juvana tapi muka macam vokalis kump Gigi. Taktau la betul ke tak tapi aku pendam rasa jela. Last2 rupenya dia pun masuk UIA gak mcm aku. n kiteorang jd membe kt uia. haha..


Peristiwa paling bangang masa kt sana, aku rasa time aku beli Gayung mandi kat koperasi masa waktu recess kelas pagi. So, aku pun bawak la balik ke kelas lepas da beli. Memang terbaik awek2 kelas sengih2 gelakkan aku. Cibai lu~ Peristiwa paling seram adalah masa aku tetido dalam kelas prep malam. Aku sedar2 dah pukul 12 dan kelas dah kosong. Membe2 macam celaka tak kejutkan aku pastu terus blah. Aku pun apa lagi, pecut dengan kelajuan 40second per 100 meter la. Laju sedikit je dari Usain Bolt. Alhamdulillah la takde makhluk pelik yang nak kacau orang beriman macam aku kan. Peristiwa paling memalukan pulak, masa aku tengah berlari dengan penuh gaya depan dewan makan dan tanpa aku sedari, kaki aku tersadung kat wayar lalu tersembam lah aku ke lantai depan awek2. Memang macho habis..literally.


Sebagai penutup cerita, selepas 3 bulan 3 minggu kat sana, pada suatu malam aku kol parent aku mengatakan aku tak tahan dduk sana. Aku cakap ada sorang membe aku gay. Suka sangat peluk laki atas katil. Dan dengan penuh kejutan, esok pagi dorang terus bertolak dari KL ke kedah nak amik aku. Aku pun kembali ke sekolah biasa dan freedom kembali! hooyeh!<3


Kadang2 rasa nyesal gak, tapi selama 5 tahun aku kt sekolah biasa, macam2 pencapaian aku kecapi yang aku rasa aku takkan dapat kat sekolah asrama. Bak kata pepatah, setiap yang berlaku ada hikmahnya. So, aku tak nyesal (^_^)

Wanita terbaik

Friday, August 5, 2011

One day, aku terbaca status membe aku bertulis;


Al Khawarizmi,seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik ;
Dia menjawab :

Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10
...Jika dia kaya ; tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik ; tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang "1" tiada...maka...tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0"



Aku menggangguk paham dan rasa sangat mendalam ayat ni. Sorry to say, tapi sebagaimana orang pompuan kecewa dengan laki skrg, vice versa, orang laki pun sama.


Dah dua2 pun kecewa, so, sape cari sape? Well, laki yang baik untuk perempuan yang baik; vice versa juga. Aku gerenti, kalo sape2 yang tanya diri sendiri samada dia tergolong dalam orang yang baik ke tak, mesti dia cakap "Yeah aku orang baik! Maka, aku pun nak bini/suami yang baik". Tapi, betul ke tidak kita baik cuma Dia yang lebih mengetahui. 




Bertudung tak semestinya baik, dan free hair tak semestinya jahat. Tapi kalo bertudung dan berhati baik, bukan ke lebih baikkk gitewww. kalo bab cari laki pulak, aku rasa yang penting dia solat laa. Sebab solat ni umpama perisai diri. Orang yang solat bile nak buat sumthing yang teruk, atleast dia akan pikir dua tiga kali. Orang yang tak solat, memang rempuh je apa pun. haha..


Disini aku bukan nak kata aku baik, cuma nak kongsi kata kata mutiara Al Khawarizmi tu je.. 
Sekian, salam~ 


*Malas nak type panjang2. Penat. Den posa lah!

Hikayat Merong yang boring

Thursday, June 9, 2011

Salam,


Harini aku nk buat review untuk 1 filem yang takdela baru sangat, iaitu Hikayat Merong Mahawangsa. Sebelum cite ni ditayangkan kat panggung2 wayang, aku dah tengok trailer dia. Memang terbaik. Aku rasa teruja dan terangsang seperti kera dapat cili. Siap ajak kawan kawan, "Hey kawan kawan , nanti jom tengok Hikayat Merong Mahawangsa! Ayuh yuk!"... Pengarah dia adalah Yusry KRU, dan trio KRU ni memang aku respek abis. Ada dinasti sendiri. So, expectation aku kat dorang ni memang tinggi la. Tapi lepas aku pikir pikir balik, banyak gak produk dorang yang gagal contohnya boyband girlband under their branding seperti X-factor, kumpulan seksi dr Sweden tu(apatah nama dorang), movie movie spt Cicakman dan terbaru Karak...
Aku tak tengok lagi Karak tp most kawan aku cakap cite ni piece of crap. Mule mule je rasa seram habis, pastu da rasa boring ngantok dan asyik rasa nak gelak je. Dari awal aku tengok behind the scene dia pun, aku da rasa cite ni ngarot.... ~_~


Berbalik kepada topik asal, iaitu pasal Merong.. Disebabkan rasa teruja aku dan membe membe aku pegi tengok masa 1st day tayangan. Semangat beb. Kebetulan petang tu kiteorg free takde class.


Ulasan aku tentang cite ni :-
5 minit pertama cite tu, aku da berkerut dahi. Aku kurang ingat sebab apa tapi rasanya sebab cara lawan merong yang biasa tapi digambarkan oleh dua orang mamat dari rom tu sangat hebat. Pastu sinematografinya, hmmm aku rasa mcm tengok cerita omputih 10-15 tahun lepas. Lepas 15 minit, aku da rasa ngantok dan mula rasa nyesal tengok cite ni. Baru 15 minit!!


Dan antara babak babak yang aku rasa sangat mengarut
1) macamana orang Geruda tu tau puteri tu kat mana walaupun puteri dengan putera rom tu duduk kt ceruk hutan mana tah?? Macamana dorang dari awal anta orang cari padahal dorang baru nak serang kem China tu?


2) Merong mengamuk bila putera tu kena tikam and sume orang da mati kena bunuh. Tetibe dia lari naik atas menara kayu. Kalo tu menara besi, memang logik ah sebab dia bole tewaskan sorang sorang sape yang naik menara tu, tapi ini menara kayu bai. Tolak je da tumbang. Dan memang betul pun orang orang geruda tu tolak menara tu. Yang tak masuk akalnya, dorang yang tolak tapi dorang sume yang mati. Si merong tu sorang je survive. Motif dorang tumbangkan? maybe pengarah da ketandusan idea cara paling cepat nak matikan sume orang jahat tu =____=


3)Merong berguru dengan orang selamatkan dia, tapi aku tak paham apa sebenarnya dia belajar dari orang tua tu. macam takde apa yg beza pun. Pastu awek tu yang mulenya sangat benci laki, tetibe sekejap je cair dengan merong. Cara dia jadi raja langkasuka pulak, cuma dengan menewaskan dua orang laki je dan Vola! anda sudah menjadi raja kami dan menyatukan dua kampung. tak paham dimana significancenya disitu.. huhu.


4) Panglima bagi 100 cermin milik tuan puteri dan sume cermin tu besar besar.. mule mule aku expect dorang nak buat taktik kasi silau pihak lawan. tapi apa yang sangat mengejutkan! merong actually guna cermin tu untuk buat heat beam bersaiz piring Astro. Dan heat beam tu boleh bakar orang dan bakar kapal dari jarak jauh. Kemon lah. budak budak pun tau itu bullshit. daripada banyak banyak cermin yang dorang bagi, tapi besar tu je piring ko buat? merong pulak dakwa itu adalah senjata rahsia ciptaan Archimedes? biar betol cendekiawan mcm Archimedes cipta senjata camtu?? kalo betul la senjata macam tu betol betol berkesan then buat dorang susah susah buat meriam? baik guna heat beam. lagi mesra alam. But well, biasa la orang omputih takdela bodoh sangat nak buat idea cmtu. zzz.


5) Masa bertempur kat tempat geruda, tetibe putera bole buat gaya lawan ala ala kungfu. da la pakai pun macam ryu street fighter.


itu jelah ulasan sikit dari aku. kang lebih lebih orang kata apa lak. biasa la orang melayu. tak suka tgk orang lain bersuara lebih sikit. ^_^


Ini pulak ulasan pengkritik dari Amazon.co.uk :-


Pablo - "i ( like other people ) was looking forward to this little film,id heard the name and thought that this would be right up my street,i was thinking maybe another 300 or braveheart epic,maybe another troy or centurion...how wrong was i,this truly is a big load of rubbish.The acting is terrible and it seems like more of a comedy in some places,do not waste your time or money on this!absolutley appalling."


C.Graham - "This film was like a car crash on the motorway, you don't want to look but morbid curiousity makes you stare at it. The acting was awful and the action sequences were laughable. I am quite proud of the fact that I managed to finish this film but regret that this is an hour and a half of my life that I will never get back..."


Ben - "...this film totally does not deserves to be among the epics. The characters are very caricature-like, it's like watching a bad cartoons. Story-wise it's predictable and also very Disney-like. Please don't waste your money on this. Believe me, this is just a really badly-made flick."


-sumber http://www.amazon.co.uk/product-reviews/B004CFSDNK/ref=cm_cr_pr_btm_link_1?ie=UTF8&showViewpoints=0&sortBy=bySubmissionDateDescending




And memang betul pun, dalam movie ni langsung tak menunjukkan kehebatan Merong sehingga dia bole diangkat sebagai epik. Dia seolah warrior biasa yang overrated. tssk. terbang rm13 tengok movie ni.


Aku tulis ni bukan sebab nak kondem cite melayu. Tapi bagi aku nak buat cite biar lah yang masuk akal. Tak semestinya kena bajet berpuluh juta baru dapat cite yg berkualiti. Contohnya cite Slumdog Millionaire. Bajet tak sampai 10 juta pun tapi hasil dia beratus juta. So far, bagi aku tak la cite melayu yang bole dibanggakan. Sume hampeh. Sekarang aku da taubat nak tengok movie melayu. membazir duit je. tunggu bila cite melayu da betul betul berkualiti baru aku tengok movie melayu kt cinema. Itupn maybe lagi 10-20 tahun kot?
Apa pun gudluck untuk industri hiburan tempatan untuk bertahan lagi 10-20 tahun.

The Magician finally call his day.

Tuesday, May 31, 2011

Salam, it has been awhile since the last time i splat my face and squeezed my lil brain here. Recent week hadn't been nice to me. 'Problems' were almost alike one of my favy song "Grenade - Bruno Mars"; easy come hard to go. But hell yeah, that is life rite. Being happy all the time without a bit of gloom gives you skizofrenia, while ups and downs give you LIFE.


Last Sunday 2.45 in the morning, my all time favorite team Man Utd lost 3-1 to Barcelona, a team which many regards as one of the best team of all time if not the best. Being outclassed by a world class team like Barcelona, with their accurate passes(gave me goosebumps!), didn't really shelled out the sorrows i always had whenever Man Utd lost. I would say Barcelona are better than the current 1st ranked national team, SPAIN. Why? Simply because most Spain first players are Catalans, with the majestic football wizard, Lionel Messi in it. What pissed me off was the football's douche bags who continuously make fun at Man Utd fan. Well, what can i say is, "Get a life douche bag!". Most Barcelona supporters(supporters okay, not fans!) are Chelsea's, Arsenal's and and Liverpool's. They were acting such pathetic ironically because their suck team didn't win anything in 2010/2011 season. Cheering the lost of Man Utd is all the thing left for them because they have nothing else to cheer about. Poor thing. Im sure they cried when their team was kicked out of the tournament especially Chelsea who kicked by Man Utd. Serve you right! HAHAHA.... and yeah, the 19th top silverware in Britain put MU as the most successful club in England. You pathetic haters can laugh as much as you can for the MU lost, because that shows how pitiful you are. LOL. and also the most pathetic thang would be the girls who so-called 'football fan' but no nothing about football, make themselves busy laughing and criticizing Man Utd. These group of girl just want to make themselves be in the group, not because they love football. Most girls play badminton rather than football nor futsal, but they dont watch badminton tournament and I dont think they know badminton rules. So how come they have so much interest in football? Good looking players i guess? Well whatever it is, if you dont know football, dont show your stupidness by making fun at other team. You should go watch cooking show instead!

Today, as always the the second thing(after facebook-ing) I do when I arrived at my work place is reading sport news and I was like, "Oh nooooooo!" when i read the main article of the day;  Paul Scholes announced his retirement. To whom who watched english football regularly within the past two decades knows how great Scholes was. He has this one unique skill admired by all footballers in the world, ACCURATE LONG PASS! This is a great loss to MU, a living legend called off his day. 
When VDS announced his retirement at the end of the season, it gave me sadness. Today, Scholes announced his, and I gloomed. When the day Giggs turn to call his day comes, Im sure my tear will drop. Being a Manchunian for many years is a personal pride to me. I consider my self lucky to live and watch all these legends playing. One day, I will tell my children and my grandchildren about all these legends and how them inspired me. T^T

These are few testimonials of many made by the fame football individuals:-

Zizou Zidane - "My toughest opponent? Scholes. He is the complete midfielder. He is undoubtedly the best midfielder of his generation.".

Arsene Wenger - "Scholes is the type of player you want in your team".

Xavi Hernandes - "He was the best central midfielder that I have seen. The most complete.".



During Edgar Davids' prime when he was hailed as the best midfielder in the world, he replied: "I'm not the best, Paul Scholes is.
"Every one of us is just trying to become as good as him. Everyone can learn from Paul Scholes."


and in the end, he is still a quiet little guy who takes no complement for his greatness. Viva Scholsy! 




p/s : Sorry for the grammar errors! still improving!

Lelaki penipu !

Thursday, May 19, 2011

Assalammualaikum


helo lalo ebiribodii! Apa khabar saudara saudari semua? Abang sihat? Mak sihat? Jiran sihat? Sepupu sihat? Boleh tuju lagu? 
Entri bosan pada hari ini adalah pasal 'Lelaki penipu'. Aku kat opis ni sedang kesejukkan walaupun memakai sweater tebal. Jam baru menunjukkan jam 0920 pagi. Lagi sekitar 6 jam 40 minit nak untuk pulang kerumah tak termasuk waktu lunch. Sebab tu bosan. Kalau tak menaip di blog ni confirm aku akan tertidur. Atau mata sedang kuyu stim pastu bos masuk pejabat, memang terbaik.


Berbalik kepada topik pagi ni, 'Lelaki penipu'. Tiap hari aku hadap facebook ni memang selalu la aku baca status orang yang frust menonggeng la ditipu lelaki. Bukan hari-hari, tapi selalu. Takde lak aku baca status lelaki yang ditipu kaum hawa sebab kawan lelaki yang ada dalam facebook aku memang semua kawan-kawan aku sendiri. Kawan-kawan aku semua macho. Apa barang kan hebah kat facebook kita ditipu perempuan. Tak macho lah bro. Termasuk aku lah sebab aku kan kawan dorang? Kan kan?


Tak dinafikan lah lelaki ni ramai penipu. Aku sendiri pun penah ditipu lelaki. Kata nak lepak minum borak-borak, rupanya nak cerita pasal MLM. Ah, memang aku pantang betul kalau orang ajak aku lepak semata-mata nak cerita pasal MLM. Terus taknak contact berbulan. Pasal kes lelaki tipu perempuan ni, bukan semua macam tu. Yelah, kalau orang perempuan kata semua lelaki macam tu bukan ke umpama kata lelaki ni ciptaan Allah yang dijadikan untuk menipu perempuan? Jadi konsep lelaki dan perempuan dicipta berpasangan, dan janji Allah bahawa lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, dan juga sebaliknya pun tak boleh diterima pakai ke?


Bagi yang penah ditipu atau selalu ditipu tu, memang aku simpati la dengan nasib korang. But life is life lah. The world wont stop just because you had just been cheated by a guy. So, life goes on jelah. Apa guna meratapi lama-lama? Choi Si Won akan datang melamar ke kalau korang menonggeng lama-lama?
Nanti airmata habis, mata bengkak, jerawat naik, bulu ketiak da makin panjang tapi last-last apa pun tak dapat. Tapi atleast itu membuktikan lelaki tu bukan calon yang terbaik untuk korang la kan. So, korang sepatutnya menangis terharu, bukan menangis kesedihan yang teramat. Cari jela calon lain yang lagi baik kan.


Perempuan yang selalu marah-marah cakap, "Bodohnya punya laki. Dasar penipu!", cuba korang pikir lah siapa yang lagi bodoh. Lelaki tu memang bodoh sebab menipu awek cantik macam korang tapi kalau orang bodoh bole tipu korang, bukan ke orang yang ditipu tu lagi kurang cerdik? Terutama yang jenis sanggup serahkan segalanya. 


Dan bukan lelaki je yang menipu. Orang perempuan bukannya semuanya suci bersih tulus lurus dan jauh dari kemungkaran. Tengok perempuan-perempuan keliling korang pun cukup da. Aku kenal gak ramai perempuan yang tipu dan curangkan bf dorang walaupun bf dorang baik. Apa cerita bro? Ada yang siap tidur dengan lelaki lain. Tssk~


Kesimpulannya, nobody's perfect. Selalunya yang menipu tu nak berseronok je. Bukan sebab dia dilahirkan macam tu. Kalau aku yang ditipu, aku tinggalkan je. Pastu cari yang lain. Senang cite. Jimat masa. Mana tau dapat yang lagi baik kan. Life is karma. Orang yang menipu pasti akan ditipu balik. Takde orang yang sentiasa bernasib baik dan enjoy sepanjang masa. So, chill jelah! ^^

Bila Islam dipermainkan.

Assalamualaikum..

Last week masa aku tengah godek sebuah site untuk download movie, aku pun terjumpa la satu cerita ni. Tajuknya 'The Taqwacores'. Sounds attractive. Dan aku pun baca lah sinopsisnya cerita ni pasal apa. Da baca, aku pun download lah...


Synopsis
"Yusef, a first-generation Pakistani engineering student, moves off-campus with a group of muslim punks in Buffalo, New York. His new "un-othordox" house mates soon introduce him to Taqwacore -  a hardcore, Muslim punk rock scene that only exists out west. As the seasons change, Taqwacore influences the house more and more. The living room becomes a mosque during the day, while it continues to host punk parties at night. Ultimately, Yusef is influenced by Taqwacore too, as he begins to challenge his own faith and ideologies. The Taqwacore deals with the complexity of being young and Muslim in modern day America."
Lepas dah tengok, hmmm...


Well, to begin with, I would strongly advice don't watch this movie IF your mind can easily being manipulated or influenced. like seriously. Especially those who has a rebellious heart. ELSE just watch it for the sake of seeking knowledge or curiosity matter.


Kenapa aku cakap camni? sebab 10 minit pertama aku tengok pun aku dah panas kepala, panas telinga, panas segalanya.


Cerita ni mengisahkan seorang pemuda nama Yusef yang baru pindah ke New York. Dari mana dia pindah aku tak pasti lah. Lepas tu dia jumpa 1 kawasan apartmen yang diduduki komuniti kecil Muslim dan dia menyewa bilik kat situ. Dipendekkan cerita, Yusef berkenalan dengan seorang lelaki punk nama Ayyub a.k.a Amazing Ayyub, Jehangir, Umar, Rabiya dan beberapa orang lain. Si Ayyub dan Jehangir ni memang gaya pure punker. Pakai jaket kulit, rambut mohawk.  Dan dorang ni pun kaki minum. Selamba je teguk arak hari-hari. Tapi dorang dua ni still sembahyang. Tiap kali jumpa orang pun mesti bagi salam. Ada 1 babak tu, Fasio(geng Jehangir gak) ni baca Quran macam orang sedang melepak baca buku novel. Kat tangan sebelah pegang rokok.



Yusef(left) with Jehinger.


Si Umar pulak, seorang yang agak warak. Rajin suruh orang solat. Memang pantang kalau ada orang Islam buat maksiat depan dia, confirm dia belasah baik punya. Sebab badan dia tough. WALAUBAGAIMANAPUN, badan dia penuh dengan tatu. Tapi aku rasa aku penah terbaca/terdengar tatu dibenarkan dalam mazhab lain.


Rabiyah pulak, ini lagi la nauzubillah. Rabiyah ni seorang perempuan umur sekitar 20-an yang pemikirannya sangat ekstremis. Penampilan dia mengalahkan perempuan-perempuan yang pakai purdah. Biasanya orang pakai purdah nampak gak mata, tapi dia ni mata pun kita tak nampak. dia bole melihat sebab Burqa dia tu ada lubang-lubang kecil untuk dia melihat. Yang menakutkan pasal dia ni adalah pemikiran dia. Walaupun gaya dia sangat-sangat islamik, tapi setiap hari dia mencarut selamba je. Ada 1 babak tu, Yusef terjumpa Quran milik Rabiya, ada 1 page tu dipangkah besar-besar oleh Rabiya. Yusef cakap dia tak boleh sesuka hati  pangkah ayat-ayat Allah, dan dia tanya Rabiya kenapa dia buat macam tu. Rabiya jawab, dia tolak ayat tu sebab ayat tu tentang suami yang dibenarkan untuk memukul isteri. Dan banyak lagi lah pasal ideologi Rabiya ni. Masa hujung cerita ni, si Rabiya BJ si Jehangir ni sampai pancut dalam mulut Rabiya lepas tu dia ludah kat sekumpulan tarbiyah yang marah dengan tindakan dorang buat mini punk gig yang melampau sosial. Wadefak.


So, itulah antara watak-watak yang ada. Bagi aku, cerita ni seolah-olah mempermainkan Islam. Antara krew produksi cerita orang islam gak. Aku rasa lah, cerita ni cuba menyampaikan yang walaupun kita Islam tapi kita tak patut sekat diri kita dari kebebasan.


Dalam cerita ni, ada suara monolog cakap, "These Muslims dont respect freedom, they dont respect capitalism, and they dont respect our way of life. We cant co-exist with these people." ~_~


Tiap hari Jumaat dorang pun akan tunaikan sembahyang Jumaat cuma dengan cara yang lain. Makmum dorang bercampur lelaki perempuan dalam 1 saf, cuma ada sekitar tak sampai 20 makmum, pakaian bebas, dan orang non-muslim pun boleh join. Tiap Jumaat dorang gilir-gilir bagi khutbah. Solat Jumaat yang pertama, si Rabiya ni yang bagi khutbah, siap jadi imam lagi. Dalam khutbah dia, dia cakap,


"It is said in the Quran that Allah spoke directly to Virgin Mary. It is said that , she was instructed to teach Islam her people. She was told that something is going to happen and that thing did happen.And you know what that thing sounds to me? It sounds like that Virgin Mary was a prophet of Islam. So, why do we not consider her one. She wasn't given a scripture but I say, that Her book was her son. So, that is my khutbah." - dialog yang sangat menyesatkan datang dari so-called muslimah yang membuat kesimpulan dari pemahaman dangkal sendiri. Astaghfirullahalazim.


Ada banyak lagi lah babak-babak melampau dalam cerita ni. Memang panas hati kalau tengok cerita ni. Nak cerita sampai habis memang panjang lebar lah. Tapi cerita buat aku terfikir gak, semua babak-babak dalam cerita ni memang wujud di Malaysia gak. Ramai melayu Islam yang join punk, teguk arak, amik dadah, seks bebas, bawak ajaran sesat, dan banyak lagi.




What is happening to Muslim world ? Could it be this is the end?


See also --> http://progressivescottishmuslims.blogspot.com/2010/10/taqwacore-movie.html

Aku dambakan FLIP

Monday, May 9, 2011

SALAM



Annyeong haseyo! haha... kpop mania bebeh. blog aku ni cam pelik sikit sbb takde direction yg khusus blog aku ni pasal apa. Sbb aku tulis je apa aku nak. nama pun bosan bosan time praktikal ni kan. lagipn kalo buat topik yang pelbagai, lagi mudah dijumpai di google. tol tak?  ini teori aku je.

So, what i wanna share today is what to me considered as one of 'must-grabbed' gadget. I know how nowadays  everyone wants to own their own personal gadget, either it is an ipod, ipad, iphone, tablet pc, pda, and etc.

The gadget im talking about is called FLIP, a video camera. There are 3 FLIPs available to choose from; Ultra, Mino and Slide. Well, as you can see or read from its name, its a video camera thus its functioning same as any other typical video camera can do; to record moments.


FLIP SLIDE HD



FLIP ULTRA HD


FLIP MINO HD



What attracts me the most about this cool gadget is the design of the camera. Really simple yet attractive. This is what people say, "Less is more". Whenever wherever you see something cool, take it out from your pocket, and click! done.

Why you should grab it?

1. The specification itself is quite impressive - 720p HD/60 fps with image stabilization

2. ada built-in usb connector. So, you can transfer your image to any device with usb port. no usb cable needed.



3. The design comes in vaiours colors. Choose any color you crave for ^^ . Better yet, you can also custom your own design. Nice!







4. This is my favorite part. The accessories! ~[^_^]~


Bower Wide Angle Lens


Ikelite Underwater Housing





Bole lekat kt topi!



5. After reading all this, you must be curious about the price. No worries, the price is affordable even for a student!
-Ultra HD around rm350++
-Mino HD around rm380++
-Slide HD around rm800++


Really tempting huh? Sape tak mampu beli DSLR tu, beli ni pn ok la. ^_^

Gay is not okay

Friday, May 6, 2011

Ahhh penatnya arini kena gi merempit ke JKR jalan salahuddin. da la taktau kt mana tu. aku ni nama je orang KL sejak kecik, tp bab2 jalan ni mmg lemah. kalo drive/merempit g kl tu mmg confirm aku sesat. tau sgt dah. haritu nak pegi midvalley je pun,perjalanan yang spttnya amik masa stgh jam dari gombak jadi sejam setengah. gara gara sesat mana tah. ~_~ dan tadi lak, JKR yang cuma 8km dari wangsa maju tu da jadi mcm 20km pulak. claim minyak bole cuma utk 8km berdasarkan google map je. haihhh. sia sia hadap google map tu setengah jam.


okay la. sekian sampai disitu je mukadimah. sbnrnya nak cakap pasal benda lain. sejak akhir akhir ni lepas tengok gambar2 247 yang nmpk mcm gay tu, aku teringat teori aku dulu. iaitu kenapa laki jadi gay?


ini cuma teori incik H je, dan incik H iaitu aku, adalah straight. sejak azali. bkn gay mcm Harith Djikstra dan idolanya Anu-war. \[^^]/ So, teori ni cuma andaian suka suka semata. dont take it serious okayyy~


first of all, cuba korang bayangkan macamana muka seorang gay? dah bayangkan? belom? okay, bayangkan lagi. sape yang bayangkan ni, aku rasa mostly mesti terbayang lelaki yang macho, jambu, putih2, tinggi ke.. hehe. bukan sume gay la cmni, tp ramai. pastu pakai subang sebelah telinga kanan.


yang perempuan selalu mengeluh, "Sayangnya muka hensem, macho tapi gay. melepas I.."


dan yang lelaki pulak, "Yezza makin kurang laki hensem yang straight, makin tinggi saham aku ngeh ngeh ngeh..."


korang rasa kenapa? jawab jawab. sape betol dapat free ticket back stage pass konsert Max 247. hahaha. nak g muntah jap.


Okay pada aku la, orang lelaki secara nature-nya ada sifat "cepat boring" dgn sesuatu benda. Contohnya bila da bosan dgn awek dia, dia cari yang lain pulak. atau kalau da bosan dgn kerja dia, dia resign je. tapi kalo dia stay dgn awek dia bertahun2 tu mungkin samada dia bkn jenis cepat boring ataupun ada sumthing pasal gf dia yang tak membosankan dia :)


Hatta, apa kaitannya "cepat boring" dgn gay? kaitannya adalah orang yang muka hensem/jambu2 ni biasanya diminati sejak zaman sekolah. tol tak? budakbudak perempuan yang ada 9 nafsu tidak dapat menahan gelora melihat budak2 jambu ni. So apa lagi, tekel la. bg surat, adiah bagai. bukan sorang, bukan dua orang, tapi ber-orang-orang. Mule mule best la. layan lah kan awek ramai kejar. Bertukar gf tiap 3 bulan. Setahun 4 kali couple.
tapi lepas bertahun tahun, dari umur 13 sampai 20 lama lama boring la kan. asyik barang sama je. da takde feel. So, apa lagi, test market dengan kaum sendiri la kan. dapat kasih sayang dari seorang lelaki sebab cuma lelaki je yang paham perasaan lelaki yang lain. haha muntah.


Logik tak? logik tak? haha...


anyways, like i said. dont take it serious la. just giving a glimpse thought of mine.


Conclusionnya, aku bersyukur aku tak hensem dan tak jambu. kalo tak, mungkin aku da jadi gay. ~_~


p/s : in 247 case, aku tak kata dorang gay. cuma pose dorang nampak sangat gay. You know what I mean?

Terserempak dengan lembaga hitam

Tuesday, May 3, 2011

Friday, 15th...


beberapa minggu yang lepas merupakan minggu yang tak dapat ku lupakan.. kejadian berlaku pada hari jumaat sekitar pukul 9-11 malam... apakah yang telah berlaku?
.
.
.
malam tu lepas makan makan kiteorang lepak jap tangkap2 gambar kenangan. biasa lah tgh hepi hepi tetibe lepas menatap balik gambar tu kiteorg ternampak lembaga yang sgt euwwwww menakutkan. haha. but serius, mmg seriau melihatnya. sape sape yang lemah jantung lemah semangat tu sila lah stop membaca disini. next line is read by your own risk. 


lembagahitam yg kiteorang nampak tu mula2 kecil lepastu dia bertukar jadi besar. berwajah putih dan takde emosi. rambut agak panjang. lebih menakutkan daripada hantu karipap. da nampak tu, apa lagi, cabut la. balik rumah tido bukak lampu. ini lah bukti2 yang sempat kiteorang rakamkan. 




tudia...


tudiaa...


tudiaaa....


apa belakang van tu?


seriau..seriau...


akhirnya dia memunculkan diri..sungguh menakutkan..


apakah entiti ini? adakah peminat Undertaker yang telah arwah?


atau Friday the 13th?

tidak.. tidak...
.
.
.
. dia sebenarnya adalah...





ahli the JABBERWOCKEEZ!! trang tang tang..!!

Sekuel kump boyband kpop malaysia ala gay...

Monday, May 2, 2011

okay last post da cite pasal kpop2 wannabe malaysia yang sgt KEWL! * mata ke langit, tangan di dada...


So, atas dasar prihatin kepada masalah sosial atau personaliti disorder mereka ni, aku pn korek korek lagi cite pasal dorang. tp pasal 24:7 yang sgt KEWL! tu jela.. uwek. muntah.


24:7 ni ditubuhkan oleh Aesar Mustafa(search FB!), seorang penyanyi, komposer, penerbit, bla bla bla.. sape dia ni? gwe pn ga tau.. even dak AF pn aku kenal. hakhak :D menurut diorang, KPOP bermaksua Keindahan POP. hahaha. orang yg baru keluar dari tempurung bersama katak peliharaannya je yang akan percaya.


Apa motif dia nk buat group ni pn aku taktau.. tp dia ni cam ada connection dgn Dior. mgkn aesar ni penerbit dior gk kot? ntah la.. dunno. aesar ni ada tampal poster pasal ujibakat time nk tubuhkan group ni. agaknya dia tampal kt kwsn2 penempatan indon PATI kot. LOL. maka, tertubuh la kump kpop euuuwwww yuckss ni. haha.


dorang dikatakan akan debut pada 5 Mei ni kat mana tah. lupa pulak. sape yang pegi tu, sila lah bawak kulit pisang ke, tong sampah ke, sumpit ke.. kot kot la tetibe rasa bengang tak tentu pasal lepas tgk dorang perform.


Antara yang menjadi penyebab kump ni dikritik hebat adalah nama salah seorang ahli dorang iaitu Taemin sbb Taemin tu nama ahli members SHInee. dan yang mengkritik tu ofcoz la dari fan taemin tu sendiri. hehe.
So, lets check it out some pictures here -->



Sebijik tak? i like this picture. :D



tudiaaaa puting.. haha



cmne ada aweks lak ni?



errr...clueless...



terbaik lah. Pose of the year



Gambar 20 tahun lepas ke bro?

tapi, selepas 24:7 ni dikritik hebat mengalahkan kritikan yang dilemparkan kak Ogy kepada budak2 af9 mahupun kritikan yang diterima kump WAI dalam maharaja lawak, maka dorang decide nak tukar nama kump ni jadi Max 247 dan dorang pun da tak guna KPOP. dorang skrg guna MPOP! hahahaha... tukar hurup K jadi M je pun. bijak sungguh.





dan yah, Taemin suda tukar nama jadi Tameen. Brand kicap. Try search Taemin Jung. ^^

itu saja. masehh. kudos to 24:7 for making my day. hihi

There was an error in this gadget