Followers

Bila Islam dipermainkan.

Thursday, May 19, 2011

Assalamualaikum..

Last week masa aku tengah godek sebuah site untuk download movie, aku pun terjumpa la satu cerita ni. Tajuknya 'The Taqwacores'. Sounds attractive. Dan aku pun baca lah sinopsisnya cerita ni pasal apa. Da baca, aku pun download lah...


Synopsis
"Yusef, a first-generation Pakistani engineering student, moves off-campus with a group of muslim punks in Buffalo, New York. His new "un-othordox" house mates soon introduce him to Taqwacore -  a hardcore, Muslim punk rock scene that only exists out west. As the seasons change, Taqwacore influences the house more and more. The living room becomes a mosque during the day, while it continues to host punk parties at night. Ultimately, Yusef is influenced by Taqwacore too, as he begins to challenge his own faith and ideologies. The Taqwacore deals with the complexity of being young and Muslim in modern day America."
Lepas dah tengok, hmmm...


Well, to begin with, I would strongly advice don't watch this movie IF your mind can easily being manipulated or influenced. like seriously. Especially those who has a rebellious heart. ELSE just watch it for the sake of seeking knowledge or curiosity matter.


Kenapa aku cakap camni? sebab 10 minit pertama aku tengok pun aku dah panas kepala, panas telinga, panas segalanya.


Cerita ni mengisahkan seorang pemuda nama Yusef yang baru pindah ke New York. Dari mana dia pindah aku tak pasti lah. Lepas tu dia jumpa 1 kawasan apartmen yang diduduki komuniti kecil Muslim dan dia menyewa bilik kat situ. Dipendekkan cerita, Yusef berkenalan dengan seorang lelaki punk nama Ayyub a.k.a Amazing Ayyub, Jehangir, Umar, Rabiya dan beberapa orang lain. Si Ayyub dan Jehangir ni memang gaya pure punker. Pakai jaket kulit, rambut mohawk.  Dan dorang ni pun kaki minum. Selamba je teguk arak hari-hari. Tapi dorang dua ni still sembahyang. Tiap kali jumpa orang pun mesti bagi salam. Ada 1 babak tu, Fasio(geng Jehangir gak) ni baca Quran macam orang sedang melepak baca buku novel. Kat tangan sebelah pegang rokok.



Yusef(left) with Jehinger.


Si Umar pulak, seorang yang agak warak. Rajin suruh orang solat. Memang pantang kalau ada orang Islam buat maksiat depan dia, confirm dia belasah baik punya. Sebab badan dia tough. WALAUBAGAIMANAPUN, badan dia penuh dengan tatu. Tapi aku rasa aku penah terbaca/terdengar tatu dibenarkan dalam mazhab lain.


Rabiyah pulak, ini lagi la nauzubillah. Rabiyah ni seorang perempuan umur sekitar 20-an yang pemikirannya sangat ekstremis. Penampilan dia mengalahkan perempuan-perempuan yang pakai purdah. Biasanya orang pakai purdah nampak gak mata, tapi dia ni mata pun kita tak nampak. dia bole melihat sebab Burqa dia tu ada lubang-lubang kecil untuk dia melihat. Yang menakutkan pasal dia ni adalah pemikiran dia. Walaupun gaya dia sangat-sangat islamik, tapi setiap hari dia mencarut selamba je. Ada 1 babak tu, Yusef terjumpa Quran milik Rabiya, ada 1 page tu dipangkah besar-besar oleh Rabiya. Yusef cakap dia tak boleh sesuka hati  pangkah ayat-ayat Allah, dan dia tanya Rabiya kenapa dia buat macam tu. Rabiya jawab, dia tolak ayat tu sebab ayat tu tentang suami yang dibenarkan untuk memukul isteri. Dan banyak lagi lah pasal ideologi Rabiya ni. Masa hujung cerita ni, si Rabiya BJ si Jehangir ni sampai pancut dalam mulut Rabiya lepas tu dia ludah kat sekumpulan tarbiyah yang marah dengan tindakan dorang buat mini punk gig yang melampau sosial. Wadefak.


So, itulah antara watak-watak yang ada. Bagi aku, cerita ni seolah-olah mempermainkan Islam. Antara krew produksi cerita orang islam gak. Aku rasa lah, cerita ni cuba menyampaikan yang walaupun kita Islam tapi kita tak patut sekat diri kita dari kebebasan.


Dalam cerita ni, ada suara monolog cakap, "These Muslims dont respect freedom, they dont respect capitalism, and they dont respect our way of life. We cant co-exist with these people." ~_~


Tiap hari Jumaat dorang pun akan tunaikan sembahyang Jumaat cuma dengan cara yang lain. Makmum dorang bercampur lelaki perempuan dalam 1 saf, cuma ada sekitar tak sampai 20 makmum, pakaian bebas, dan orang non-muslim pun boleh join. Tiap Jumaat dorang gilir-gilir bagi khutbah. Solat Jumaat yang pertama, si Rabiya ni yang bagi khutbah, siap jadi imam lagi. Dalam khutbah dia, dia cakap,


"It is said in the Quran that Allah spoke directly to Virgin Mary. It is said that , she was instructed to teach Islam her people. She was told that something is going to happen and that thing did happen.And you know what that thing sounds to me? It sounds like that Virgin Mary was a prophet of Islam. So, why do we not consider her one. She wasn't given a scripture but I say, that Her book was her son. So, that is my khutbah." - dialog yang sangat menyesatkan datang dari so-called muslimah yang membuat kesimpulan dari pemahaman dangkal sendiri. Astaghfirullahalazim.


Ada banyak lagi lah babak-babak melampau dalam cerita ni. Memang panas hati kalau tengok cerita ni. Nak cerita sampai habis memang panjang lebar lah. Tapi cerita buat aku terfikir gak, semua babak-babak dalam cerita ni memang wujud di Malaysia gak. Ramai melayu Islam yang join punk, teguk arak, amik dadah, seks bebas, bawak ajaran sesat, dan banyak lagi.




What is happening to Muslim world ? Could it be this is the end?


See also --> http://progressivescottishmuslims.blogspot.com/2010/10/taqwacore-movie.html

1 rajin menaip komen:

ncha.hawari said...

ini ajaran sesat sudah..