Followers

Hikayat Merong yang boring

Thursday, June 9, 2011

Salam,


Harini aku nk buat review untuk 1 filem yang takdela baru sangat, iaitu Hikayat Merong Mahawangsa. Sebelum cite ni ditayangkan kat panggung2 wayang, aku dah tengok trailer dia. Memang terbaik. Aku rasa teruja dan terangsang seperti kera dapat cili. Siap ajak kawan kawan, "Hey kawan kawan , nanti jom tengok Hikayat Merong Mahawangsa! Ayuh yuk!"... Pengarah dia adalah Yusry KRU, dan trio KRU ni memang aku respek abis. Ada dinasti sendiri. So, expectation aku kat dorang ni memang tinggi la. Tapi lepas aku pikir pikir balik, banyak gak produk dorang yang gagal contohnya boyband girlband under their branding seperti X-factor, kumpulan seksi dr Sweden tu(apatah nama dorang), movie movie spt Cicakman dan terbaru Karak...
Aku tak tengok lagi Karak tp most kawan aku cakap cite ni piece of crap. Mule mule je rasa seram habis, pastu da rasa boring ngantok dan asyik rasa nak gelak je. Dari awal aku tengok behind the scene dia pun, aku da rasa cite ni ngarot.... ~_~


Berbalik kepada topik asal, iaitu pasal Merong.. Disebabkan rasa teruja aku dan membe membe aku pegi tengok masa 1st day tayangan. Semangat beb. Kebetulan petang tu kiteorg free takde class.


Ulasan aku tentang cite ni :-
5 minit pertama cite tu, aku da berkerut dahi. Aku kurang ingat sebab apa tapi rasanya sebab cara lawan merong yang biasa tapi digambarkan oleh dua orang mamat dari rom tu sangat hebat. Pastu sinematografinya, hmmm aku rasa mcm tengok cerita omputih 10-15 tahun lepas. Lepas 15 minit, aku da rasa ngantok dan mula rasa nyesal tengok cite ni. Baru 15 minit!!


Dan antara babak babak yang aku rasa sangat mengarut
1) macamana orang Geruda tu tau puteri tu kat mana walaupun puteri dengan putera rom tu duduk kt ceruk hutan mana tah?? Macamana dorang dari awal anta orang cari padahal dorang baru nak serang kem China tu?


2) Merong mengamuk bila putera tu kena tikam and sume orang da mati kena bunuh. Tetibe dia lari naik atas menara kayu. Kalo tu menara besi, memang logik ah sebab dia bole tewaskan sorang sorang sape yang naik menara tu, tapi ini menara kayu bai. Tolak je da tumbang. Dan memang betul pun orang orang geruda tu tolak menara tu. Yang tak masuk akalnya, dorang yang tolak tapi dorang sume yang mati. Si merong tu sorang je survive. Motif dorang tumbangkan? maybe pengarah da ketandusan idea cara paling cepat nak matikan sume orang jahat tu =____=


3)Merong berguru dengan orang selamatkan dia, tapi aku tak paham apa sebenarnya dia belajar dari orang tua tu. macam takde apa yg beza pun. Pastu awek tu yang mulenya sangat benci laki, tetibe sekejap je cair dengan merong. Cara dia jadi raja langkasuka pulak, cuma dengan menewaskan dua orang laki je dan Vola! anda sudah menjadi raja kami dan menyatukan dua kampung. tak paham dimana significancenya disitu.. huhu.


4) Panglima bagi 100 cermin milik tuan puteri dan sume cermin tu besar besar.. mule mule aku expect dorang nak buat taktik kasi silau pihak lawan. tapi apa yang sangat mengejutkan! merong actually guna cermin tu untuk buat heat beam bersaiz piring Astro. Dan heat beam tu boleh bakar orang dan bakar kapal dari jarak jauh. Kemon lah. budak budak pun tau itu bullshit. daripada banyak banyak cermin yang dorang bagi, tapi besar tu je piring ko buat? merong pulak dakwa itu adalah senjata rahsia ciptaan Archimedes? biar betol cendekiawan mcm Archimedes cipta senjata camtu?? kalo betul la senjata macam tu betol betol berkesan then buat dorang susah susah buat meriam? baik guna heat beam. lagi mesra alam. But well, biasa la orang omputih takdela bodoh sangat nak buat idea cmtu. zzz.


5) Masa bertempur kat tempat geruda, tetibe putera bole buat gaya lawan ala ala kungfu. da la pakai pun macam ryu street fighter.


itu jelah ulasan sikit dari aku. kang lebih lebih orang kata apa lak. biasa la orang melayu. tak suka tgk orang lain bersuara lebih sikit. ^_^


Ini pulak ulasan pengkritik dari Amazon.co.uk :-


Pablo - "i ( like other people ) was looking forward to this little film,id heard the name and thought that this would be right up my street,i was thinking maybe another 300 or braveheart epic,maybe another troy or centurion...how wrong was i,this truly is a big load of rubbish.The acting is terrible and it seems like more of a comedy in some places,do not waste your time or money on this!absolutley appalling."


C.Graham - "This film was like a car crash on the motorway, you don't want to look but morbid curiousity makes you stare at it. The acting was awful and the action sequences were laughable. I am quite proud of the fact that I managed to finish this film but regret that this is an hour and a half of my life that I will never get back..."


Ben - "...this film totally does not deserves to be among the epics. The characters are very caricature-like, it's like watching a bad cartoons. Story-wise it's predictable and also very Disney-like. Please don't waste your money on this. Believe me, this is just a really badly-made flick."


-sumber http://www.amazon.co.uk/product-reviews/B004CFSDNK/ref=cm_cr_pr_btm_link_1?ie=UTF8&showViewpoints=0&sortBy=bySubmissionDateDescending




And memang betul pun, dalam movie ni langsung tak menunjukkan kehebatan Merong sehingga dia bole diangkat sebagai epik. Dia seolah warrior biasa yang overrated. tssk. terbang rm13 tengok movie ni.


Aku tulis ni bukan sebab nak kondem cite melayu. Tapi bagi aku nak buat cite biar lah yang masuk akal. Tak semestinya kena bajet berpuluh juta baru dapat cite yg berkualiti. Contohnya cite Slumdog Millionaire. Bajet tak sampai 10 juta pun tapi hasil dia beratus juta. So far, bagi aku tak la cite melayu yang bole dibanggakan. Sume hampeh. Sekarang aku da taubat nak tengok movie melayu. membazir duit je. tunggu bila cite melayu da betul betul berkualiti baru aku tengok movie melayu kt cinema. Itupn maybe lagi 10-20 tahun kot?
Apa pun gudluck untuk industri hiburan tempatan untuk bertahan lagi 10-20 tahun.

2 rajin menaip komen:

MisZz MooNn said...

saya minat sgt cite tuh taww.. mungkin krana say aberminat ngan cite2 camtuu~~ rasa minat terhadap sejarah2 lama walaupun mungkin da tokok tmbah nyaa...

Hilmy Wazza said...

err sy sejak sekolah pn minat sejarah. sy bole hafal siap dgn date kalo bab2 perang ni. tp seriously this movie was a failure. ^^