Followers

Kisah seram wa cakap lu..

Friday, August 19, 2011

Beberapa hari yang lepas, ada something yang jadi kat aku.. Aku taknak citer, tapi disebabkan demi keamanan sejagat, aku terpaksa ceritakan gak.


By the way, sape yang ada lemah semangat dilarang baca. Nanti kena histeria lak lepas baca. Sape yang bace sambil hisap rokok tu lak, sila padam kan rokok sebab 'benda' ni suka makan asap. 


Ok, ceritanya camni.. masa tu aku dengan membe2 aku balik dari tarawih pastu kiteorg pun plan la nak lepak minum2 jap. Maka, kiteorg pun berjalan la g kedai minum yang terletak dalam 200 meter dari surau tu. Masa jalan tu, tengah syok gelak2 kutuk2 kump Max 247 yang super hot tu, tetibe ada membe aku lak ternampak ada benda putih terbang lalu celah2 pokok.. perghh muka member aku cuak beb..


Kiteorg pun cakap la, mungkin burung kot takpun kain mak temah mana yang terbang ditiup angin. Membe aku pun nafikan la. Dia kata "betul woi.. benda putih tu panjang dan laju dia terbang".. Aku pun gelak lalu berkata, "kahkahkahkah.. apa la lu ni. Penakut cap ayam betul! bulan2 puasa ni mana ada hantu." pastu aku cakap lagi, "Kalo betul ada hantu, meh sini aku nak tengok!"... Kiteorg pun gelak2 sambil terus berjalan dengan cool ke kedai makan. Membe aku lak muka bengang sambil cuak2 lagi.


Da sampai kedai makan, kiteorang order teh O panas 3, teh tarik 1! Pastu sambung kutuk2 Max 247.. ekekekeke...


Da abis melepak membuang masa, kiteorang pun balik membawa arah masing2. Aku balik sorang jalan kaki sebab rumah aku dekat je. Walaupun cuak sikit lepas peristiwa tadi, tapi takkan aku nak suro membe aku teman lak kan. Da macam boifren anta gegurl balik pulak daa. So, nak dijadikan cerita, masa aku tengah jalan dengan penuh keimanan, baru balik tarawih la katakan, tetibe aku dengar suara mengilai.. Aku pun terpandang la kat sebatang pokok redang kat sebelah kiri aku.. ce teka aku nampak apa? Aku nampak ada lembaga putih rambut panjang.. Alhamdulillah muka tak nampak.. Tapi takkan aku nak duduk diam tanya awek tu "hai, sorang je ke?".. Da tentu la aku berlari pecut 100 meter. Da la pakai kain pelikat.. terlucut, tak pasal je free show.. Auwww~ Aku tak usha belakang, sebab selalu aku tengok tv, bile dorang lari sambil usha belakang, last2 mesti jatuh.. tol tak?


Dah sampai rumah, aku tengok sume orang da masuk bilik tido. Aku pun terus la lari masuk bilik.. tercungap2 beb. Abis terbakar sume yang aku makan time berbuka tadi. Aku da penat berlari , aku pun tanggalkan la baju pastu terus landing atas katil. Tengah baru nak lelap, tetibe aku dengar ada orang ketuk tingkap bilik aku. Tingkap aku tu betul2 sebelah katil aku.. Pastu(berapa banyak "pastu" daa...) ada suara berkata, "hai dik, takkan nak tido da? tadi kata nak tengok saya...kih kih kih~~~"


Aku pun cover la muka dengan selimut sambil baca segala ayat2 yang aku tau.. lama2 sunyi sepi.. Aku pun slow2 la bukak selimut tu..tengok2, dia tengah berdiri kat hujung bucu katil aku!! Pastu dia pegang kaki aku kuat2, aku pun meronta2 la sambil jerit dengan suara kasar.. ronta punya ronta punya ronta,  tetiba aku terjaga! RUPANYA AKU HANYA BERMIMPI... 


hahahahahaha... rasa bengang tak? 


p/s : aku paling bengang kalo tengok cite, last2 rupenya mimpi je. hihi

The Deepest Conversation

Monday, August 15, 2011

Dear MS,


              How are you? Have been well? I hope you are doing well with your life and your study. I heard you already have a BF, I hope he will take a good care of you. Today, it has been a year since the last time we met, yet it feels like yesterday. Time passed by really fast huh. For a year I didn't met you and luckily I'm still breathing. Back then, when we were still together, I can't even survive a week without seeing you. I will grab every chance I have to meet you. You going back from work at 5 p.m and I will count each second waiting for 5 p.m to come. But now, there is no more you. I never heard any thing from you anymore. I want to call and ask how have you been, but I know you wont pick it up, I want to text you but I know you will never reply it. It's okay, I will keep on moving.


I still remember the first time I saw you, at our workplace. I saw you walking alone doing your job and I said to my friend, "Meor, awek tu cute gak kan". and Meor said, "Ooo, dia dak UIA. Aku baru borak dengan dia tadi". My first impression for you was "You are not my type." I just think you are cute, but the fact you are an UIA student grabbed my attention. I have been working there for about 2 years and this is the first time I met someone who is from UIA too. So, I looked for the chance to talk to you and finally I got the chance and we chat. You gave me your Facebook email and I added you up as soon as I reached home. Your FB profile picture? WOW, you are smoking hot. Not the kind I imagined you would be; you are sooo not my type.


A few days later, when we both were busy filling the water into the jug, I surprisingly asked you out for a movie and surprisingly, you said yes. So we went out the next day. We went to Pavilion as it is easier to get there by train because I haven't had a driving licence that time. I still remember the movie we watched, "The Prince of Persia". I bought two Big Apple doughnuts and we ate it together in the movie. 


* I still kept the movie ticket.




While waiting for the movie to start, we sat at one corridor looking at a carnival for kids and we teased each other about who are the childish one between us. And I we snapped a few pictures of us (but pictures of you were more than mine). As we sat, we talk about each other, getting to know deeper and that time, I got to know the real you. You were not like as I thought you are. :)


As time flew by, we got closer and closer and that time, for the first time in my life, I fell in love with you. I had been in few relationships previously, but those weren't as real as what I had for you. Everyday, we texted each other from morning(7 a.m.) till the next morning(around 3,4 a.m.). Even my hearing sense was sensitive to my mobile's message tone. I could automatically wake up when I heard my message tone because I know it's you who is texting me. I had less sleeptime, but I never got tired by you :)


At work, I will look for every chance to work near to you because I want to see you. I never got bored looking at you and my tiredness due to working will easily fade away. One day, you were offered to work in the HR dept, thus, your working hour is according to office hour. It's hard to work together again. But I will take the morning shift whenever I had the chance. So, I woke up early in the morning, took the train to Asia Jaya and we both went to KLCC together by train. :)


Sadly, they all are gone now. We got separated because you left me without no concrete reason. And you left me with two things, our memories together and a wounded heart.


Those were some of the memories I have been reminiscing every night. There are no single day or night passed without me thinking of you, for the past year. Memories remains as memories. I pray each day, we will meet again and get back together. I made a promise to you that time, I will keep myself by your side forever as long as you need me. And I'm a man on my words. The promise remains. Thanks for everything MS. I will be keeping waiting for you.




                                                                                                                                  Truthfully,
              HW

My Unintended Heliza Hilmy!

Friday, August 12, 2011

Malam itu seperti biasa aku online dan aku ternampak iklan My Unintended Heliza(MUH).. wow dasat lah Heliza sekarang, daripada artis, jadi pengacara pastu sekarang dah ada branding sendiri, Heliza Helmi Hijab :)




Heliza ni memang aku cintai suka sangat sebab comel dan muslimah. Dulu masa dia kat AF aku tak minat sangat. Aku sangkakan dia hipokrit macam artis muslimah yang lain, contohnya artis AF yg bertudung sebelum dia tu, tapi rupanya dia ni lain. Memang dia ni agak sengal sikit tapi bukan gedik <3


Penah sekali aku tengok dia dalam program Awal Ashaari ( apatah nama program tu.. ewah!ewah! eh?) dorang temu ramah Heliza.. gila comel bila part Heliza tunjukkan kereta kancil dia tu. hihi.


Apapun, sebenarnya dalam entri ni aku nak cakapkan pasal salah satu produk dia ni yang sangat menarik. Aku rasa kalo aku perempuan pun aku terasa nak beli. Produk tu adalah, Heliza Instant Telekung(HIT)!


*Click for bigger view

*Click for bigger view

Yang menarik adalah telekung ni boleh di-style-kan jadi tudung pastu bila nak solat just un-clip je tudung tu maka jadi la telekung balik. Memang style. Daripada pakai tudung yang pelik2 ropol2 pastu nak solat pun susah, baik beli HIT ni. Harga bole tahan la rm280 untuk Hijab plus Skirt dan rm110 untuk blouse. Untuk hijab je, aku taktau la ada ke tak . Tapi takde kot sebab MUH cakap macam ni,



Comel la awak cakap 'kita'. Kita suka! HAHA~


For more inquiries, please visit http://www.facebook.com/helizahelmi . hehe Tolong promot untuk future wife.

Kebaikan Bercouple

Thursday, August 11, 2011

Acap kali kita mendengar orang cakap, "Single is better than couple" tapi sejauh manakah single lebih baik dari couple? Mari kita point-out beberapa alasan kenapa orang kata single is better :-


1) FREEDOM. Memang trend skrg kalo couple mesti nak kongkong itu ini mengalahkan suami isteri. Baik si laki mahupun si perempuan. Kalo nak kuar dengan kawan, wajib sediakan report 12 muka surat Font Arial spacing 1.5". So, kalo da single, nak buat apa pun takde sape bising kecuali parent.


2) Jiwa tenang. Bila couple, kena kawal pergerakan sendiri, kena jaga hati si dia, kena pikir nak beli hadiah apa time anniversary, nak kena contact atleast sekali sehari. Kalo single, sume masalah hilang!


3) Jimat duit, masa dan tenaga. Takpayah susah2 nak pegi dating, belikan itu ini, belanje makan lagi, topup lg,  isi minyak kereta lagi. haihhh $$$!


4) No more tears. Ini mostly jadi kat perempuan la. Laki ada gak tapi kes minoriti je. Bila kena tipu je, dipermainkan je, dimungkiri janji bla bla bla, mula la nak nangis.


Okay, enuff dengan kebaikan single ni sebab bukan penting pun. Yang penting adalah, kebaikkan bercouple. Ngeh3 :D


Ini cuma pendapat aku je setelah bertahun2 pemerhatian dan uji kaji. Okay, so apakah kebaikan bercouple ni?


1) Kita lebih memahami opposite sex kita.
 Orang laki dan perempuan ada ragam masing2 yang kita kena fahami sendiri. Kenapa dia buat itu kenapa dia buat ini. Contohnya kalo orang perempuan tu merajuk, apakah yang patut kita lakukan untuk memujuk dia? Atau kalo orang laki nak buat something, apakah jenis support yang patut kaum hawa bagi? Haaa, kalo single bole ke paham sume ni? 


Dulu aku penah single 3 tahun, lepas tu aku couple ngan sorang girl ni. 3 minggu je pastu dah break. Dia kata aku kurang amik berat dan kurang message/call dia. Biasa lah kan, baru nak kembali membiasakan diri bercouple. Tapi apakan daya, dah terlambat. Baru aku tau erti penyesalan.


Kalo takde pengalaman2 ni, payah beb time kawen nanti. 


2) Teman suka duka
Memang rasa best kalo single ni, rasa bebas je. But at one time, korang akan rasa sunyi walaupun ada kawan2 and family. Because to me, a GF or BF(for girls), is someone who acts as a family and a friend at the same time. Ada certain matters kita bole share dgn family tp tidak dengan kawan, dan vice versa. Tp dgn GF bole dikatakan kita bole share sumenya. Bila kita problem yang kita tak bole share dengan family or kawan, gf/bf la jawapannya :)


Behind every successful man, stands a woman behind it. So, to be success, find a women and ask her to stand behind you!


3) Hidup lebih terisi
Kalo ada awek, senang nak ajak tengok wayang, nak ajak shopping, nak ajak g makan dan etc. Pastu bila bosan2, bole message or call bergurau manja dengan awek. Selalunya orang laki ni kalo shopping takde taste. So, kalo bawak awek, bole mintak pendapat dia. Maka, pastu kita pn jadi HENSOM!


Kadang2 bila aku tengah lepak minum2 dgn membe2 aku, mesti dorang smbil lepak sambil texting dengan awek masing2. Pastu kejap2 bergayut. Aku lak, kalo dua jam lepak, dua jam tu gak la henpon aku tu sunyi sepi. Bateri henpon bole tahan 2 hari kalo cas penuh. Topup rm5, 2 minggu kemudian baru abis. 


Itu jelah yang aku mampu taip. Penat lah taip panjang2 ni. Puasa lah katakan.. kesimpulannya, single or couple ada pros and cons masing2. which one is better is fully depends on how do you handle it. K lah, Selamat berpuasa~

When I was thirteen..

Saturday, August 6, 2011

Dulu masa sekolah rendah, aku ni sangat pemalas kot. Sekarang pun pemalas gak, sbb tu tulis entri takde pendahuluan. Terus jump ke chapter 1. Disebabkn time darjah 6 aku tak berbakat, aku still berjaya mendapat tempat 1st runner up untuk budak paling pemalas dalam kelas. Juara milik Hazim, seorang budak spekmata yang loaded. Lu memamg terbaik bro. Malas2 aku pun, kau lg malas. haha.


Tapi ntah macamane result upsr aku not bad lah maka aku dapat tawaran masuk sekolah menengah sains kat Kedah masa bulan Mac. Masa tu aku memang rebel habis taknak masuk asrama sebab aku umpama burung yang ingin terbang bebas di udara.. lalu singgah ke cyber cafe main counter strike. Ni la game paling hotstuff masa tu. Kalo da masuk sekolah asrama, cmne nak g cc hari2 dah. tak dapat laa..
Apakan daya, mak aku merangkap Mem Besar sangat garang. Kalo cubit, dijamin biru purple lebam. Aku lebih rela jatuh dalam longkang daripada kena cubit oleh Mem Besar. Nak taknak, terpaksa la masuk gak. Bukan jauh sangat pun, dalam 300-400km je dari umah. (~_~)


Bila da masuk sana, aku rasa kebebasan aku dinodai.. no more freedom. Bangun sebelum subuh pastu tido paling awal pun pukul 12. Kalo kat sekolah lama, aku sesi petang so, paham2 jela liatnya nak bangun. Kelas dari pukul 8 sampai 2.15 pastu pukul 3.30 sampai 4.30 kelas Prep. Pukul 5 wajib beriadah. Malam prep lagi smpai kul 11. Wadefak.


Nak dijadikan cerita, minggu pertama aku dimasukkn ke kelas 1A5 a.k.a 1 Putra. Yang best tentang kelas ni adalah ada tiga orang minah yang semacam cuba dapatkan perhatian aku. Ececey. Terasa hotstuff. hee. Pastu ada sorang mamat ni nama dia Saifullah, suka sangat cakap aku ni hensem. Siap gitau kt cikgu kelas lagi yang ada sorang budak baru yang hensem baru masuk kelas depa. Tudiaa haihh. Tapi tiap kali dia cakap aku cmtu, aku tanya dia, "Ko gay ke?"...
Lepas seminggu dua, aku pun dimasukkan ke kelas sebenar aku, 1A2 a.k.a 1 Intelek.


1 Intelek ni agak ok walaupun ada bbrp budak yang macam tak puas hati dengan budak KL out of no reason. Dan seperti biasa, aku meneruskan legasi sikap pemalas aku. Homework haram 1 pun aku tak siapkan. Dah kebas dah tangan asyik kena rotan je. AAK ada aku kesah? haha. Yang paling aku suka adalah kelas bahasa Jepun. Kalo kat sekolah asrama memang kena pilih antara 3 kelas bahasa asing, Arab Jepun dan German. Alhamdulillah, midterm pertama aku dapat 91. Antara highest dalam kelas. huahuahua.. tak sia2 tgk drama jepun petang2 masa kat umah. Yang aku paling tak suka lak dalam kelas tu tkde awek cun. Tapi kalo ikutkan dalam form 1 tu mmg takde sorang pun yang cun.


Kat hostel tu, aku ada sorang abang angkat form 5 dan dia ni pun ada bbrp orang adik angkat. Apa motif pun aku taktau daa.. yang penting aku umpama dapat protection sebab dia pengawas sekolah. So, senior lain tak usik aku la. Bab buli kat sekolah tu takdela teruk pun. Just kena jadi kuli bersihkan bilik la, buat laundry la. Kes pukul takde kot.. Ada sekali tu aku bergaduh dgn sorang budak sebab rebutkan bilik air utk mandi(biasa la muda remaja), dia tumbuk aku bertubi2 kat badan tapi aku bagi 1 tumbukan padu kt perut dia terus dia nanges balik bilik. haha. Malam tu senior panggil kiteorg.. kih2..


Blok asrama laki dan perempuan masa tu bertentangan, dipisahkan dgn dewan makan je. So, hari2 aku tgk ada sorang abang senior sekodeng pakai binokular. Mmg nasib korang lah gadis2 kena sekodeng. hihi~~ Walaupun kat sane takde yang cun, tapi sbg laki aku terpikat gak la kat sorang awek ni. Muka manis2 cute2 je. Tapi dgr cite dia awek Fatah, laki yang gaya2 mcm Botak dalam cite Juvana tapi muka macam vokalis kump Gigi. Taktau la betul ke tak tapi aku pendam rasa jela. Last2 rupenya dia pun masuk UIA gak mcm aku. n kiteorang jd membe kt uia. haha..


Peristiwa paling bangang masa kt sana, aku rasa time aku beli Gayung mandi kat koperasi masa waktu recess kelas pagi. So, aku pun bawak la balik ke kelas lepas da beli. Memang terbaik awek2 kelas sengih2 gelakkan aku. Cibai lu~ Peristiwa paling seram adalah masa aku tetido dalam kelas prep malam. Aku sedar2 dah pukul 12 dan kelas dah kosong. Membe2 macam celaka tak kejutkan aku pastu terus blah. Aku pun apa lagi, pecut dengan kelajuan 40second per 100 meter la. Laju sedikit je dari Usain Bolt. Alhamdulillah la takde makhluk pelik yang nak kacau orang beriman macam aku kan. Peristiwa paling memalukan pulak, masa aku tengah berlari dengan penuh gaya depan dewan makan dan tanpa aku sedari, kaki aku tersadung kat wayar lalu tersembam lah aku ke lantai depan awek2. Memang macho habis..literally.


Sebagai penutup cerita, selepas 3 bulan 3 minggu kat sana, pada suatu malam aku kol parent aku mengatakan aku tak tahan dduk sana. Aku cakap ada sorang membe aku gay. Suka sangat peluk laki atas katil. Dan dengan penuh kejutan, esok pagi dorang terus bertolak dari KL ke kedah nak amik aku. Aku pun kembali ke sekolah biasa dan freedom kembali! hooyeh!<3


Kadang2 rasa nyesal gak, tapi selama 5 tahun aku kt sekolah biasa, macam2 pencapaian aku kecapi yang aku rasa aku takkan dapat kat sekolah asrama. Bak kata pepatah, setiap yang berlaku ada hikmahnya. So, aku tak nyesal (^_^)

Wanita terbaik

Friday, August 5, 2011

One day, aku terbaca status membe aku bertulis;


Al Khawarizmi,seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik ;
Dia menjawab :

Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10
...Jika dia kaya ; tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik ; tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang "1" tiada...maka...tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0"



Aku menggangguk paham dan rasa sangat mendalam ayat ni. Sorry to say, tapi sebagaimana orang pompuan kecewa dengan laki skrg, vice versa, orang laki pun sama.


Dah dua2 pun kecewa, so, sape cari sape? Well, laki yang baik untuk perempuan yang baik; vice versa juga. Aku gerenti, kalo sape2 yang tanya diri sendiri samada dia tergolong dalam orang yang baik ke tak, mesti dia cakap "Yeah aku orang baik! Maka, aku pun nak bini/suami yang baik". Tapi, betul ke tidak kita baik cuma Dia yang lebih mengetahui. 




Bertudung tak semestinya baik, dan free hair tak semestinya jahat. Tapi kalo bertudung dan berhati baik, bukan ke lebih baikkk gitewww. kalo bab cari laki pulak, aku rasa yang penting dia solat laa. Sebab solat ni umpama perisai diri. Orang yang solat bile nak buat sumthing yang teruk, atleast dia akan pikir dua tiga kali. Orang yang tak solat, memang rempuh je apa pun. haha..


Disini aku bukan nak kata aku baik, cuma nak kongsi kata kata mutiara Al Khawarizmi tu je.. 
Sekian, salam~ 


*Malas nak type panjang2. Penat. Den posa lah!

There was an error in this gadget