Followers

Kisah seram wa cakap lu..

Friday, August 19, 2011

Beberapa hari yang lepas, ada something yang jadi kat aku.. Aku taknak citer, tapi disebabkan demi keamanan sejagat, aku terpaksa ceritakan gak.


By the way, sape yang ada lemah semangat dilarang baca. Nanti kena histeria lak lepas baca. Sape yang bace sambil hisap rokok tu lak, sila padam kan rokok sebab 'benda' ni suka makan asap. 


Ok, ceritanya camni.. masa tu aku dengan membe2 aku balik dari tarawih pastu kiteorg pun plan la nak lepak minum2 jap. Maka, kiteorg pun berjalan la g kedai minum yang terletak dalam 200 meter dari surau tu. Masa jalan tu, tengah syok gelak2 kutuk2 kump Max 247 yang super hot tu, tetibe ada membe aku lak ternampak ada benda putih terbang lalu celah2 pokok.. perghh muka member aku cuak beb..


Kiteorg pun cakap la, mungkin burung kot takpun kain mak temah mana yang terbang ditiup angin. Membe aku pun nafikan la. Dia kata "betul woi.. benda putih tu panjang dan laju dia terbang".. Aku pun gelak lalu berkata, "kahkahkahkah.. apa la lu ni. Penakut cap ayam betul! bulan2 puasa ni mana ada hantu." pastu aku cakap lagi, "Kalo betul ada hantu, meh sini aku nak tengok!"... Kiteorg pun gelak2 sambil terus berjalan dengan cool ke kedai makan. Membe aku lak muka bengang sambil cuak2 lagi.


Da sampai kedai makan, kiteorang order teh O panas 3, teh tarik 1! Pastu sambung kutuk2 Max 247.. ekekekeke...


Da abis melepak membuang masa, kiteorang pun balik membawa arah masing2. Aku balik sorang jalan kaki sebab rumah aku dekat je. Walaupun cuak sikit lepas peristiwa tadi, tapi takkan aku nak suro membe aku teman lak kan. Da macam boifren anta gegurl balik pulak daa. So, nak dijadikan cerita, masa aku tengah jalan dengan penuh keimanan, baru balik tarawih la katakan, tetibe aku dengar suara mengilai.. Aku pun terpandang la kat sebatang pokok redang kat sebelah kiri aku.. ce teka aku nampak apa? Aku nampak ada lembaga putih rambut panjang.. Alhamdulillah muka tak nampak.. Tapi takkan aku nak duduk diam tanya awek tu "hai, sorang je ke?".. Da tentu la aku berlari pecut 100 meter. Da la pakai kain pelikat.. terlucut, tak pasal je free show.. Auwww~ Aku tak usha belakang, sebab selalu aku tengok tv, bile dorang lari sambil usha belakang, last2 mesti jatuh.. tol tak?


Dah sampai rumah, aku tengok sume orang da masuk bilik tido. Aku pun terus la lari masuk bilik.. tercungap2 beb. Abis terbakar sume yang aku makan time berbuka tadi. Aku da penat berlari , aku pun tanggalkan la baju pastu terus landing atas katil. Tengah baru nak lelap, tetibe aku dengar ada orang ketuk tingkap bilik aku. Tingkap aku tu betul2 sebelah katil aku.. Pastu(berapa banyak "pastu" daa...) ada suara berkata, "hai dik, takkan nak tido da? tadi kata nak tengok saya...kih kih kih~~~"


Aku pun cover la muka dengan selimut sambil baca segala ayat2 yang aku tau.. lama2 sunyi sepi.. Aku pun slow2 la bukak selimut tu..tengok2, dia tengah berdiri kat hujung bucu katil aku!! Pastu dia pegang kaki aku kuat2, aku pun meronta2 la sambil jerit dengan suara kasar.. ronta punya ronta punya ronta,  tetiba aku terjaga! RUPANYA AKU HANYA BERMIMPI... 


hahahahahaha... rasa bengang tak? 


p/s : aku paling bengang kalo tengok cite, last2 rupenya mimpi je. hihi

4 rajin menaip komen:

Paradise Gal said...

hahaha... teringat cite bawang putih bawang merah. mak saya kate last skali cite tu mimpi je. beratus-ratus ep last mimpi je. ape da.. baik bakar je produksi dia.

Hilmy Wazza said...

hahahaha lawak giler. seb bek sy x follow cite tu. kalo sy follow pastu last2 cuma mimpi, mmg saya campak tv tu keluar rumah..

Unknown said...

hahaha..memang sungguh *speechless*

Unknown said...

Hahaha... Mimpi? Aishh... -.-'