Dulu masa sekolah rendah, aku ni sangat pemalas kot. Sekarang pun pemalas gak, sbb tu tulis entri takde pendahuluan. Terus jump ke chapter 1. Disebabkn time darjah 6 aku tak berbakat, aku still berjaya mendapat tempat 1st runner up untuk budak paling pemalas dalam kelas. Juara milik Hazim, seorang budak spekmata yang loaded. Lu memamg terbaik bro. Malas2 aku pun, kau lg malas. haha.
Tapi ntah macamane result upsr aku not bad lah maka aku dapat tawaran masuk sekolah menengah sains kat Kedah masa bulan Mac. Masa tu aku memang rebel habis taknak masuk asrama sebab aku umpama burung yang ingin terbang bebas di udara.. lalu singgah ke cyber cafe main counter strike. Ni la game paling hotstuff masa tu. Kalo da masuk sekolah asrama, cmne nak g cc hari2 dah. tak dapat laa..
Apakan daya, mak aku merangkap Mem Besar sangat garang. Kalo cubit, dijamin biru purple lebam. Aku lebih rela jatuh dalam longkang daripada kena cubit oleh Mem Besar. Nak taknak, terpaksa la masuk gak. Bukan jauh sangat pun, dalam 300-400km je dari umah. (~_~)
Bila da masuk sana, aku rasa kebebasan aku dinodai.. no more freedom. Bangun sebelum subuh pastu tido paling awal pun pukul 12. Kalo kat sekolah lama, aku sesi petang so, paham2 jela liatnya nak bangun. Kelas dari pukul 8 sampai 2.15 pastu pukul 3.30 sampai 4.30 kelas Prep. Pukul 5 wajib beriadah. Malam prep lagi smpai kul 11. Wadefak.
Nak dijadikan cerita, minggu pertama aku dimasukkn ke kelas 1A5 a.k.a 1 Putra. Yang best tentang kelas ni adalah ada tiga orang minah yang semacam cuba dapatkan perhatian aku. Ececey. Terasa hotstuff. hee. Pastu ada sorang mamat ni nama dia Saifullah, suka sangat cakap aku ni hensem. Siap gitau kt cikgu kelas lagi yang ada sorang budak baru yang hensem baru masuk kelas depa. Tudiaa haihh. Tapi tiap kali dia cakap aku cmtu, aku tanya dia, "Ko gay ke?"...
Lepas seminggu dua, aku pun dimasukkan ke kelas sebenar aku, 1A2 a.k.a 1 Intelek.
1 Intelek ni agak ok walaupun ada bbrp budak yang macam tak puas hati dengan budak KL out of no reason. Dan seperti biasa, aku meneruskan legasi sikap pemalas aku. Homework haram 1 pun aku tak siapkan. Dah kebas dah tangan asyik kena rotan je. AAK ada aku kesah? haha. Yang paling aku suka adalah kelas bahasa Jepun. Kalo kat sekolah asrama memang kena pilih antara 3 kelas bahasa asing, Arab Jepun dan German. Alhamdulillah, midterm pertama aku dapat 91. Antara highest dalam kelas. huahuahua.. tak sia2 tgk drama jepun petang2 masa kat umah. Yang aku paling tak suka lak dalam kelas tu tkde awek cun. Tapi kalo ikutkan dalam form 1 tu mmg takde sorang pun yang cun.
Kat hostel tu, aku ada sorang abang angkat form 5 dan dia ni pun ada bbrp orang adik angkat. Apa motif pun aku taktau daa.. yang penting aku umpama dapat protection sebab dia pengawas sekolah. So, senior lain tak usik aku la. Bab buli kat sekolah tu takdela teruk pun. Just kena jadi kuli bersihkan bilik la, buat laundry la. Kes pukul takde kot.. Ada sekali tu aku bergaduh dgn sorang budak sebab rebutkan bilik air utk mandi(biasa la muda remaja), dia tumbuk aku bertubi2 kat badan tapi aku bagi 1 tumbukan padu kt perut dia terus dia nanges balik bilik. haha. Malam tu senior panggil kiteorg.. kih2..
Blok asrama laki dan perempuan masa tu bertentangan, dipisahkan dgn dewan makan je. So, hari2 aku tgk ada sorang abang senior sekodeng pakai binokular. Mmg nasib korang lah gadis2 kena sekodeng. hihi~~ Walaupun kat sane takde yang cun, tapi sbg laki aku terpikat gak la kat sorang awek ni. Muka manis2 cute2 je. Tapi dgr cite dia awek Fatah, laki yang gaya2 mcm Botak dalam cite Juvana tapi muka macam vokalis kump Gigi. Taktau la betul ke tak tapi aku pendam rasa jela. Last2 rupenya dia pun masuk UIA gak mcm aku. n kiteorang jd membe kt uia. haha..
Peristiwa paling bangang masa kt sana, aku rasa time aku beli Gayung mandi kat koperasi masa waktu recess kelas pagi. So, aku pun bawak la balik ke kelas lepas da beli. Memang terbaik awek2 kelas sengih2 gelakkan aku. Cibai lu~ Peristiwa paling seram adalah masa aku tetido dalam kelas prep malam. Aku sedar2 dah pukul 12 dan kelas dah kosong. Membe2 macam celaka tak kejutkan aku pastu terus blah. Aku pun apa lagi, pecut dengan kelajuan 40second per 100 meter la. Laju sedikit je dari Usain Bolt. Alhamdulillah la takde makhluk pelik yang nak kacau orang beriman macam aku kan. Peristiwa paling memalukan pulak, masa aku tengah berlari dengan penuh gaya depan dewan makan dan tanpa aku sedari, kaki aku tersadung kat wayar lalu tersembam lah aku ke lantai depan awek2. Memang macho habis..literally.
Sebagai penutup cerita, selepas 3 bulan 3 minggu kat sana, pada suatu malam aku kol parent aku mengatakan aku tak tahan dduk sana. Aku cakap ada sorang membe aku gay. Suka sangat peluk laki atas katil. Dan dengan penuh kejutan, esok pagi dorang terus bertolak dari KL ke kedah nak amik aku. Aku pun kembali ke sekolah biasa dan freedom kembali! hooyeh!<3
Kadang2 rasa nyesal gak, tapi selama 5 tahun aku kt sekolah biasa, macam2 pencapaian aku kecapi yang aku rasa aku takkan dapat kat sekolah asrama. Bak kata pepatah, setiap yang berlaku ada hikmahnya. So, aku tak nyesal (^_^)
Followers
When I was thirteen..
Saturday, August 6, 2011
Posted by Hilmy Wazza at 11:58 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.
5 rajin menaip komen:
Wah, I'm from SM Sains Kota Tinggi dulu. Masa form 1 memang hampeh gile, tapi bile dah habis sekolah, rs time skolah la time paling best dlm hidup. Lagi best dari kat UIA kot~ -_-'
hahah.. ko sengal dowh..
hoi.. awek fatah yg mn ea?
hehe
hafizah : sy tak terasa sgt keseronokkn sekolah asrama. so, to me uia lg best. hehe
aryana : awek fatah tu kakak angkat ko kt uia tula.. ahaha
Jom chat wchat id hafizshuip_123
Klau korang ade cerita lh
Post a Comment