Followers

Bengongnya cinta

Wednesday, April 27, 2011

Cinta, ada apa dengan cinta? Takde apa kecuali "kau tipu tipu aku lagi...."


Jujur aku katakan, mamat rawkstar muka legend mcm aku ni, walaupun (hati) CUTE, tapi aku sangat geli nak sebut perkataan tu. aku lebih rela digigit lipas lalu merasa geli daripada sebut perkataan ni. Sebut ILOVEU pun somehow agak menggelikan aku. Umpama ada sedang menjalani rawatan spa ikan. geliiiiwww.. * gedik ah eja cmni. tapi geli mcmana pun, sume orang merasa, cuma ego taknak kata itu cinta. melainkan budakbudak terlebih baca novel cinta, dan budakbudak tak matang asyik dok pikir pasal boipren/girlpren.

Bagi aku, orang yang mudah sebut perkataan seperti 'ILOVEYOU', atau 'Saya cinta awak' ni, samada dua je, kalau perempuan maknanya dia ni jenis perempuan tak matang yang lebih utamakan cinta dari segalanya. kalau lelaki, maknanya dia ni playboy. Lelaki yang hati takde taman selalunya bukan lelaki playboy, maka dia akan rasa geli nk sebut perkataanperkataan tu.(Eh, is this means I'm included too?) winkwink! * tapi pelik ah aku ni muka tak hensem, dalam hati takde taman pulak tu (walaupun masa sekolah dulu duduk taman seri gombak, sekarang duduk taman melati), tapi ada gak orang kata aku muka player. sigh. -___-

Apapun, aku bukan nak cecite pasal aku, walaupun aku tau korang mmg tak berminat pun HUH! .. tapi aku nk cecite pasal gelagat remaja melayu sekarang. bukan aje remaja, yang da lewat 20an pun sama. Firstly, yang bercouple time sekolah tu. da sekolah tu buat la cara pergi sekolah. sekolah bukannya agensi cari jodoh. datang sekolah, masuk kelas belajabelaja pastu lena jap belajabelaja lagi pastu balik sekolah. ni siap nak dating bagai, kenyitkenyit mata. da leka bercinta, pelajaran entah kemana. sesetengah, maruah tergadai.

da abis sekolah, da masuk U,kolej, matrik dan lainlain kira okay la nak bercouple. cuma masalahnya otak sepatutnya da matang nak pikir mana baik mana buruk. ini bila ada bf/gf, pelajaran diletak no.3. pertama bf/gf, dan kedua, kawankawan. bila ada masalah dgn bf/gf, mula la sasau semacam. termenung, menangis, termenung dan menangis lagi. pelajaran? ntah la..
inilah mentaliti orang zaman sekarang..

bg aku lah, couple ni just a common relationship without true commitment. lebih kepada proses mengenali samada adakah si dia pilihan terbaik untuk jadi pasangan seumur hidup kita. takde peraturan pun didunia ni mengatakan kita wajib couple kalau nak kahwin, atau kalau couple dia umpama suami/isteri kita. kalau da breakup, chill lah. anggap je output proses mengenali tu gagal dan orang itu bukanlah pilihan terbaik kita. just move on dan cari je pengganti lain. salah ke kalau bertukar pasangan demi mencari yang terbaik? kita sebagai umat Islam kena lah percaya kepada qada' dan qadar. kalau tak, runtuh lah iman. Setiap orang ada jodoh masingmasing. cuma kita lah kena cari. orang yang jadi andartu dan bujang terlajak tu, semuanya biasanya sebab tunggu jodoh datang@memang taknak cari pun. apa paedah korang dapat kalo menangis tak henti, termenung, taknak makan..cecite apa korang dpt? dapat jadi engineer kah?

Manusia dikawal oleh samada akal atau nafsu. Kalau teguh mengawal diri dengan akal, nescaya faedah la yang korang dapat. tapi kalo biarkan diri dikawal nafsu, maka hilang lah akal.. a.k.a gila.

Renung renungkan dan selamat beramal.

1 rajin menaip komen:

aLEEamanina said...

Jd engineer??
xde maknanya..haha

There was an error in this gadget