Followers

Lelaki penipu !

Thursday, May 19, 2011

Assalammualaikum


helo lalo ebiribodii! Apa khabar saudara saudari semua? Abang sihat? Mak sihat? Jiran sihat? Sepupu sihat? Boleh tuju lagu? 
Entri bosan pada hari ini adalah pasal 'Lelaki penipu'. Aku kat opis ni sedang kesejukkan walaupun memakai sweater tebal. Jam baru menunjukkan jam 0920 pagi. Lagi sekitar 6 jam 40 minit nak untuk pulang kerumah tak termasuk waktu lunch. Sebab tu bosan. Kalau tak menaip di blog ni confirm aku akan tertidur. Atau mata sedang kuyu stim pastu bos masuk pejabat, memang terbaik.


Berbalik kepada topik pagi ni, 'Lelaki penipu'. Tiap hari aku hadap facebook ni memang selalu la aku baca status orang yang frust menonggeng la ditipu lelaki. Bukan hari-hari, tapi selalu. Takde lak aku baca status lelaki yang ditipu kaum hawa sebab kawan lelaki yang ada dalam facebook aku memang semua kawan-kawan aku sendiri. Kawan-kawan aku semua macho. Apa barang kan hebah kat facebook kita ditipu perempuan. Tak macho lah bro. Termasuk aku lah sebab aku kan kawan dorang? Kan kan?


Tak dinafikan lah lelaki ni ramai penipu. Aku sendiri pun penah ditipu lelaki. Kata nak lepak minum borak-borak, rupanya nak cerita pasal MLM. Ah, memang aku pantang betul kalau orang ajak aku lepak semata-mata nak cerita pasal MLM. Terus taknak contact berbulan. Pasal kes lelaki tipu perempuan ni, bukan semua macam tu. Yelah, kalau orang perempuan kata semua lelaki macam tu bukan ke umpama kata lelaki ni ciptaan Allah yang dijadikan untuk menipu perempuan? Jadi konsep lelaki dan perempuan dicipta berpasangan, dan janji Allah bahawa lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, dan juga sebaliknya pun tak boleh diterima pakai ke?


Bagi yang penah ditipu atau selalu ditipu tu, memang aku simpati la dengan nasib korang. But life is life lah. The world wont stop just because you had just been cheated by a guy. So, life goes on jelah. Apa guna meratapi lama-lama? Choi Si Won akan datang melamar ke kalau korang menonggeng lama-lama?
Nanti airmata habis, mata bengkak, jerawat naik, bulu ketiak da makin panjang tapi last-last apa pun tak dapat. Tapi atleast itu membuktikan lelaki tu bukan calon yang terbaik untuk korang la kan. So, korang sepatutnya menangis terharu, bukan menangis kesedihan yang teramat. Cari jela calon lain yang lagi baik kan.


Perempuan yang selalu marah-marah cakap, "Bodohnya punya laki. Dasar penipu!", cuba korang pikir lah siapa yang lagi bodoh. Lelaki tu memang bodoh sebab menipu awek cantik macam korang tapi kalau orang bodoh bole tipu korang, bukan ke orang yang ditipu tu lagi kurang cerdik? Terutama yang jenis sanggup serahkan segalanya. 


Dan bukan lelaki je yang menipu. Orang perempuan bukannya semuanya suci bersih tulus lurus dan jauh dari kemungkaran. Tengok perempuan-perempuan keliling korang pun cukup da. Aku kenal gak ramai perempuan yang tipu dan curangkan bf dorang walaupun bf dorang baik. Apa cerita bro? Ada yang siap tidur dengan lelaki lain. Tssk~


Kesimpulannya, nobody's perfect. Selalunya yang menipu tu nak berseronok je. Bukan sebab dia dilahirkan macam tu. Kalau aku yang ditipu, aku tinggalkan je. Pastu cari yang lain. Senang cite. Jimat masa. Mana tau dapat yang lagi baik kan. Life is karma. Orang yang menipu pasti akan ditipu balik. Takde orang yang sentiasa bernasib baik dan enjoy sepanjang masa. So, chill jelah! ^^

1 rajin menaip komen:

Fathiah Hamim said...

haha. jarang baca lelaki cakap pasal lelaki. :D